Pencirian asid karboksilik dalam biji koko daripada pengusaha koko berlainan di Tenom, Sabah

Harikumar Kothandapam, (2007) Pencirian asid karboksilik dalam biji koko daripada pengusaha koko berlainan di Tenom, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002191.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mcncirikan asid karboksilik dalam sampel biji koko yang telah difermentasi dan dikeringkan yang diperoleh daripada empat pengusaha koko di Tenom. Sabah. Nilai pH. asid tertitrat, indeks fermentasi, kandungan kelembapan dan kandungan kepekatan asid karboksilik koko kering tersebut telah dikaji. Biji koko daripada pengusaha LNY dan Nye Tai adalah berasid dengan nilai pH 5.24 dan 5.39 masing-masing; manakala biji koko pengusaha Kg. Baru Jumpa dan Ying Hong adalah kurang berasid dengan nilai pH 5.54 dan 5.76 masing-masing. Biji koko, pengusaha LNY dan Nye Tai masing-masing mempunyai kandungan asid asetik dan laktik dalam julat 0.1284 hingga 0.1588 gmg�¹ dan 0.1592 hingga 0.1229 gmg�¹ berat kering. Biji koko dari pengusaha Kg. Baru Jumpa dan Ying Hong pula masing-masing mempunyai kandungan asid aselik dan laktik dalam julat 0. 1105 hingga 0. 1109 gmg�¹ dan 0. 1141 hingga 0. 1147 gmg�¹ berat kering. Nilai r bagi analisis korelasi diantara asid lenital dengan pH adalah bersamaan dengan -0.799, manakala analisis diantara asid laktik dan asetik dengan nilai pH adalah bersamaan dengan -0.791 dan -0.554 masing-masing. Ini menunjukan keasidan biji koko kering adalah disebabkan oleh kehadiran kedua-dua asid ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: carboxylic acid, dried cocoa bean, Tenom, acidicy, acetic acid, lactic acid, fermentation
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Apr 2014 03:48
Last Modified: 13 Oct 2017 03:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8871

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository