Etnomatematik kepada etno-pengkomputeran : Geometri dalam susunan manik Rungus

Sherma Namlie, (2008) Etnomatematik kepada etno-pengkomputeran : Geometri dalam susunan manik Rungus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002198.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Etnomatematik adalah kajian mengenai idea matematik yang ada dalam konteks sesebuah budaya. Etno-Pengkomputeran adalah pengaplikasian peri sian komputer yang berasaskan unsur-unsur budaya. Perpindahan daripada etnomatematik kepada etno-pengkomputeran bermaksud aplikasi komputer grafik menjadi medium untuk pemahaman teori-teori matematik yang ada pada sesebuah budaya. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kehadiran aplikasi berunsurkan matematik dalam susunan dan corak manik masyarakat Rungus. Skop kajian ini adalah susunan manik bagi masyarakat Rungus, dan data diperolehi daripada masyarakat Rungus sendiri, buku rujukan dan internet. Dalam kajian iill, peri sian komputer digunakan untuk melakar bentuk dan corak geometri pada corak susunan manik, serta seterusnya mengkaji pergerakan geometri pada susunan manik. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam penghasilan corak susunan manik adalah simetri, penjelmaan geometri, teselasi, dan fraktal. Penjelmaan geometri yang digunakan terdiri daripada pantulan, putaran, translasi, dan luncuran pantulan. Seterusnya peri sian komputer seperti Geometer's Sketchpad, dan Adobe Photoshop digunakan untuk melukis susunan manik, corak manik dan pergerakan geometri. Hasil kajian mendapati bahawa corak-corak geometri masyarakat Rungus jelas menunjukkan terdapatnya pengaplikasian matematik dalam susunan corak manik dengan berbantukan aplikasi komputer.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: ethnomathematic, ethnocomputing, graphic design, Rungus community, transformational geometry, Adobe Photoshop
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 29 Apr 2014 05:05
Last Modified: 13 Oct 2017 03:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8881

Actions (login required)

View Item View Item