Prevalens helmin gastrousus di kalangan kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran

Suzlin Yusuf, (2007) Prevalens helmin gastrousus di kalangan kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002209.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenai prevalens helmin gastrousus di kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun di Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran, Sabah telah dijalankan. Hasil menunjukkan 19 (19% prevalens) daripada 100 kanak-kanak dijangkiti oleh satu atau lebih parasit helmin gastrousus. Parasit yang mempunyai prevalens tertinggi dalam kajian ini ialah Ascaris lumbricoides (52%), diikuti dengan Trichuris trichiura (26%), cacing kait (13%) dan Clonorchis sinensis (9%). Semua hipotesis yang dibuat telah dianalisis menggunakan ujian Khi Kuasa Dua dan ujian Korelasi Spearman. Tiada hubungan dijumpai di antara infeksi helmin dengan jantina, umur dan faktor sosioekonomi (P>O.05). Ujian Spearman mendapati terdapat hubungan di antara infeksi helmin dengan faktor demografi, gejala, tabiat dan faktor kesihatan (P<0.05). Infeksi parasit di kalangan kanak-kanak berkaitan dengan keadaan sanitari yang rendah, kebersihan persekitaran dan juga faktor demografi. Ini menunjukkan kesedaran awam, pendidikan kesihatan dan peningkatan sanitari penting untuk membantu mengurangkan masalah infeksi parasit ini

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: gastrointestinal helminthes, prevalence, children, Spearman rank test, parasitic infection, Chi Square Test
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 06 May 2014 06:00
Last Modified: 13 Oct 2017 03:40
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8896

Actions (login required)

View Item View Item