Adat baisan dalam perkahwinan masyarakat Dusun Tatana: Kajian etnografi di Kampung Menumpang, Kuala Penyu

Kalsia Matrin, (2009) Adat baisan dalam perkahwinan masyarakat Dusun Tatana: Kajian etnografi di Kampung Menumpang, Kuala Penyu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002211.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneliti adat perkahwinan masyarakat Dusun Tatana khususnya adat baisan di Kampung Menumpang, Kuala Penyu. Secara keseluruhannya, kajian ini melihat amalan proses adat perkahwinan masyarakat Dusun Tatana khususnya adat baisan dengan pengaruh agama Buddha atau Kristian bagi melihat perubahan yang terdapat pada amalan adat perkahwinan mereka. Selain daripada itu, adat baisan juga dilihat secara mendalam mengenai pengupacaraannya serta unsur kepercayaan yang terdapat dalam adat tersebut. Malah kajlan ini juga melihat perubahanperubahan yang terdapat dalam proses adat perkahwinan khususnya adat baisan. Data ini diperolehi dengan menggunakan kaedah penyelidikan etnografi terhadap tujuh orang key informan dengan mengambil kira agama informan iaitu Buddha atau Kristian. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa proses perkahwinan masyarakat Dusun Tatana seperti mongoi uwot, mitantu, tadau kumawin, adat baisan dan juga waya wagu. Selain itu turut dikenalpasti beberapa bentuk sogit yang dikenakan bagi perkahwinan bersaudara seperti sogit pitas dan piringan. Malah kajian ini juga telah mengenalpasti beberapa unsur kepercayaan serta perubahan di dalam adat perkahwinan masyarakat Dusun Tatana khususnya adat baisan yang disebabkan oleh agen perubahan seperti faktor masa, ekonomi dan agama. Kajian ini juga mendapati faktor agama Buddha dan juga Kristian tidak mempengaruhi amalan masyarakat Dusun Tatana dalam mengamalkan adat serta pantang larang yang telah ditetapkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Balan custom, Dusun Tatana, marriage system, Ethnographic method
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 29 Apr 2014 04:55
Last Modified: 13 Oct 2017 03:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8898

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository