Kajian pindah silang protein kacang soya dengan formaldehid, isobutialdehid dan 4-(Dimetilamino) benzaldehid menggunakan fasa berbalik-kromatografi cecair tekanan tinggi

Sylvia Steven, (2007) Kajian pindah silang protein kacang soya dengan formaldehid, isobutialdehid dan 4-(Dimetilamino) benzaldehid menggunakan fasa berbalik-kromatografi cecair tekanan tinggi. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002230.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Protein dari kacang soya telah dipindah silang dengan lamtan formaldehid, isobutialdehid dan larutan 4-( dimetilamino) benzaldehid dan pemisahan protein dikesan dengan menggunakan fasa berbalik-kromatografi cecair tekanan tinggi. Didapati bahawa penambahan larutan formaldehid dan 4-( dimetilamino) benzaldehid menunjukkan berlakunya pindah silang dalam pemisahan protein manakala tidak berlaku pindah silang dengan penambahan isobutialdehid. Semasa pindah silang, kromatogram menunjukkan hanya satu puncak yangjelas yang mana elusi puncak tersebut bermula pada minit ke 1.5 hingga 4.0 dengan penambahan formaldehid dan pada minit ke-5.5 hingga 6.5 dalam penambahan 4-( dimetilamino) benzaldehid. Pindah silang protein berlaku pada had pengesanan yang tinggi. Kromatogram pemisahan protein dengan penambahan formaldehid pada masa 1 jam menunjukkan kromatogram berbalik ke keadaan asal selepas "incubation". Oleh sebab itu, didapati bahawa tindak balas Maillard berlaku dalam proses pindah silang antara kumpulan karbonil dengan terminal asid amino dari protein kacang soya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: soy protein, RP-HPLC, formaldehyde, isobutyaldehyde, Benzaldehyde, chromatogram, acid amino
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP368-456 Food processing and manufacture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 14 May 2014 01:44
Last Modified: 13 Oct 2017 03:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9016

Actions (login required)

View Item View Item