Aplikasi fotodiod sebagai sensor kepada ampaian baju automatik

Nabil Fikri Ismail, (2007) Aplikasi fotodiod sebagai sensor kepada ampaian baju automatik. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002238.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mereka bentuk satu model ampaian rumah automatik dengan menggunakan peranti optoelektronik sebagai sensomya serta menganalisa prestasi model ampaian tersebut. Sensor optik yang digunakan adalah fotodiod. Litar pengesan cahaya ini dibina bagi memainkan peranan sebagai suis kepada litar pemasa yang disambungkan kepadanya. Sistem ini diuji prestasinya dengan membandingkan nilai rintangan yang dikumpulkan dari beberapa tempat di negeri Sabah yang terletak di altitud yang berbeza serta jarak dari pinggiran pantai. Selain itu, pre stasi ampaian ini juga diuji dengan gangguan cahaya lampu pendaflor pada waktu malam samada ianya memberi kesan yang signiftkan ataupun sebaliknya. Ampaian ini berfungsi bila mana fotodiod mengesan cahaya dan mencetuskan geganti pada litar pengesan cahaya yang mana geganti ini akan menjadi suis kepada dua litar pemasa yang disambungkan kepadanya. Litar pemasa yang dilengkapi dengan motor akan menggerakkan dawai ampaian melalui mekanisme tolak dan tarik yang dijalankan oleh litar pemasa Litar-litar yang dibina beroperasi dengan menggunakan fungsi geganti yang berada pada dua keadaan, iaitu terbuka nonnal dan tertutup normal. Kesimpulannya, model ampaian yang dibina dapat berfungsi pada julat waktu pagi dan petang yang sesuai dengan fungsinya sebagai ampaian baju.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: cloth lines model, optoelectronics sensor, photodiode, light detector circuit
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 14 May 2014 07:14
Last Modified: 13 Oct 2017 03:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9028

Actions (login required)

View Item View Item