Pengecaman awal kehilangan kualiti rizom halia tua (Zingiber officinale Roscoe cv. Tambunan) semasa pengendalian lepas tuai

Kashmer Samih, (2007) Pengecaman awal kehilangan kualiti rizom halia tua (Zingiber officinale Roscoe cv. Tambunan) semasa pengendalian lepas tuai. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002078.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan perubahan awal struktur sel yang menyumbang kepada kehilangan kualiti rizom halia tua sepanjang minggu penyimpanan. Terdapat empat rawatan yang diberikan iaitu halia yang dikendalikan dengan baik yang bertindak sebagai kawalan, halia yang mengalami kecederaan akibat mampatan, halia yang mengalami kecederaan akibat geseran serta halia yang mengalami kecederaan akibat mampatan dan geseran. Kajian ini juga turut menilai kualiti visual dan tahap keteguhan tekstur halia. Dalam penentuan perubahan sel halia terdapat tiga elemen yang dinilai iaitu sel parenkima, sel minyak dan kandungan kanji. Melalui pemerhatian didapati bahawa rawatan mampatan dan geseran cepat mengalami kemusnahan pada sel parenkima, sel minyak dan kandungan kanji iaitu pada minggu ke-2. Rawatan mampatan dan geseran juga merupakan rawatan yang banyak mengalami kehilangan kualiti berbanding dengan rawatan kawalan, mampatan dan geseran. Oleh itu, kajian ini boleh digunakan oleh penyelia pengawal mutu hasil halia tua untuk mengenalpasti ciri-ciri awal kerosakan yang disebabkan oleh mampatan, geseran atau mampatan dan geseran

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: cell structure, ginger, rhizome, storage week, friction defect
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 15 May 2014 03:03
Last Modified: 13 Oct 2017 04:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9033

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository