Bencana warisan budaya Iraq: Perang Teluk 1 (1990-1991) dan Perang Teluk 2 (2003-2004)

Bidah Anak Ugong, (2009) Bencana warisan budaya Iraq: Perang Teluk 1 (1990-1991) dan Perang Teluk 2 (2003-2004). University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002241.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan kemusnahan warisan .budaya Iraq akibat daripada Perang Teluk 1 (1990-1991) dan juga Perang Teluk 2 (2003-2004). Fokus kajian dimulakan dengan kekayaan warisan budaya Iraq di zaman lampau, iaitu warisan daripada Tamadun Mesopotamia. Seterusnya, Perang Teluk 1 tercetus, dan diikuti Perang Teluk 2. Kedua peperangan ini melibatkan Amerika Syarikat dan Iraq. Peperangan yang tercetus telah meninggalkan kesan yang mendalam terutamanya terhadap warisan kebudayaan Iraq yang terpelihara sejak dahulu lagi. Akibat daripada kemusnahan warisan budaya tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memulihara warisan yang masih ada. Justeru, UNESCO amat memainkan peranan penting bagi memastikan usaha penyelenggaraan warisan budaya Iraq dapat dilakukan secara berkekalan. Hal ini adalah supaya usaha membaik pulih dapat dilakukan dengan lancar terutama terhadap kemusnahan yang diakibatkan oleh dua peperangan yang telah berlaku. Manakala, media pula berperanan dalam melaporkan kemusnahan dan juga usaha pemuliharaan yang dilakukan oleh UNESCO.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: UNESCO, Iraq, gulf war, heritage, conservation
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Jul 2014 01:51
Last Modified: 13 Oct 2017 04:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9039

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository