Kajian sitologi: Penentuan bilangan kromosom bagi Begonia gueritziana Gibbs

Norhaslinda Malekal, (2007) Kajian sitologi: Penentuan bilangan kromosom bagi Begonia gueritziana Gibbs. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002246.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan ke atas Begonia gueritziana Gibbs untuk menentukan bilangan kromosom spesies yang endemik di Borneo. Teknik tekan telah digunakan untuk menyediakan slaid dalam kajian ini. Larutan pra-rawatan 0.002M 8-hydroxyquinoline telah digunakan untuk meransang peringkat metafasa bagi membolehkan pengiraan bilangan kromosom. Tempoh pra-rawatan yang digunakan ialah tujuh jam pada suhu 4°C. Lima sampel B. gueritziana diambil dari Taman Banjaran Crocker dan dipindah tanam ke Rumah Hijau Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP). Keratan hujung akar dari empat pokok telah dipilih untuk digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 200 sel telah dicerap secara keseluruhannya. Pengiraan kromosom dilakukan pada peringkat metafasa dengan menggunakan mikroskop cahaya. Bilangan sebenar kromosom somatik ditentukan melalui kekerapan tertinggi (mod) bagi keseluruhan sel yang dicerap. Kajian ini telah berjaya menentukan bilangan kromosom B. gueritziana adalah 2n=20.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Begonia gueritziana Gibbs, chromosome, Squash technique, metaphase stage
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 May 2014 00:51
Last Modified: 13 Oct 2017 04:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9044

Actions (login required)

View Item View Item