Komposisi rama-rama di plot tetap Gunung Alab, Banjaran Crocker menggunakan kaedah perangkap cahaya

Irni Mohd Yusof, (2007) Komposisi rama-rama di plot tetap Gunung Alab, Banjaran Crocker menggunakan kaedah perangkap cahaya. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002250.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ke atas komposisi rama-rama dalam kumpulan makrolepidoptera (Heterocera) telah dilakukan di pinggir hutan Plot Tetap Gunung Alab, Sabah. Objektif kajian ini ialah untuk meninjau komposisi rama-rama di Plot Tetap Gunung Alab. Replikasi sebanyak dua kali telah dilakukan iaitu pada bulan Disember 2006 dan diulangi pada bulan Februari 2007. Kajian ini melibatkan penggunaan kaedah perangkap cahaya yang menggunakan cahaya mentol dan satu tabir putih. Hasil daripada kajian mendapati bahawa terdapat lapan famili yang telah dikenal pasti iaitu famili Geometridae, Arctiidae, Lasiocampidae, Lymantriidae, Saturniidae, Eupterotidae, Noctuidae, dan Limacodidae. Daripada Japan famili ini, sebanyak 47 genera dan 152 individu rama-rama telah diperolehi. Famili Geometridae merupakan farnili yang paling dominan kerana mempunyai bilangan genus serta bilangan individu yang paling banyak iaitu 30 genera dan 98 individu. Famili Saturniidae dan Eupterotidae pula merupakan famili yang paling sedikit bilangan genus dan individunya iaitu satu genus dan satu individu sahaja. Indeks Shannon-Wiener, H' dan Indeks Simpsons, D menunjukkan kepelbagaian spesies rama-rama di Gunung Alab adalah tinggi dengan nilai 3.5893 dan 0.8975.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: macrolepidoptera group, Gunung Alab, composition, moth, Geometridae, diversity
Subjects: Q Science > QL Zoology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 20 May 2014 03:12
Last Modified: 13 Oct 2017 04:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9051

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository