Pengelasan litupan hutan paya laut menggunakan teknologi remote sensing di Hutan Simpan Menumbok dan persekitarannya

Myezana Ismat, (2007) Pengelasan litupan hutan paya laut menggunakan teknologi remote sensing di Hutan Simpan Menumbok dan persekitarannya. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002251.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian pengelasan litupan hutan paya laut menggunakan teknologi remote sensing di kawasan Hutan Simpan Menumbok dan sekitarnya adalah bertujuan untuk menaksir keluasan hutan paya laut bagi tabun 1999 dan 2005 serta melihat perubahan keluasan di antara sela masa tersebut. Selain itu, kesan guna tanah terhadap hutan paya laut juga turut dianalisis. Imej Landsat TM bagi tahun 1999 dan 2005 yang diperolehi daripada Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) telah digunakan. Imej ini telah diproses untuk pengelasan bagi mendapatkan keluasan hutan paya laut dan guna tanah yang terdapat di Hutan Simpan Menumbok dan sekitarnya. Bagi melihat kesan guna tanah terhadap hutan paya Iaut, proses tindan lapis matriks digunakan. Hasil kajian ini mendapati hutan paya laut di Hutan Simpan Menumbok dan sekitarnya mengalami kemusnahan sebanyak: 1,905.65 hektar dari tabun 1999 sehingga 2005. Bermula dengan keluasan 7,537.85 hektar pada tabun 1999 dan semakin berkurangan menjadi 5,632.2 hektar pada tahun 2005. Kemusnahan yang berlaku adalah disebabkan oleh tebus guna kawasan hutan paya laut kepada guna tanah yang lain seperti kolam akuakultur dan industri perladangan. Semasa kerja lapangan, diperhatikan bahawa pembinaan kolam akuakultur dan penanaman kelapa sawit merupakan faktor utama yang menyebabkan kemusnahan hutan paya laut di Hutan Simpan Menumbok dan kawasan yang berdekatan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: mangrove forest cover, Menumbok Forest Reserve, classification, remote sensing, ERDAS IMAGINE VER 8.7
Subjects: S Agriculture > SD Forestry
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 20 May 2014 03:09
Last Modified: 13 Oct 2017 04:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9053

Actions (login required)

View Item View Item