Evaluation of anti-hyperglycaemic effect of Alstonia angustiloba leaf in normal and STZ-induced diabetic rats

Ting, Phooi Chee (2008) Evaluation of anti-hyperglycaemic effect of Alstonia angustiloba leaf in normal and STZ-induced diabetic rats. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002261.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kesan anti-hiperglisemik ekstrak daun Alstonia angustiloba ke atas aras glukosa darah dan berat badan tikus normal dan tikus diabetik yang diaruh STZ selepas suapan oral yang berulang selama 14 hari dinilaikan. Ekstrak daun A. angustiloba menunjukkan penurunan aras glukosa darah yang signifikan (P < 0.05) dalam tikus diabetik yang dirawat dengannya. Walaubagaimanapun, ekstrak daun A. angustiloba tidak menunjukkan sebarang kesan ke atas aras glukosa darah dalam tikus normal. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan (P > 0.05) pada berat badan dalam kedua-dua kumpulan tikus normal. Keputusan juga mendapati bahawa ekstrak daun A. angustiloba tidak mampu menghalang penurunan berat badan yang disebabkan oleh suntikan STZ di dalam tikus diabetik. Dalam kajian yang lain, ekstrak daun A. angustiloba telah ditentukan mengandungi akiviti antioxida dan jumlah fenolik yang tinggi. Jumlah kandungan fenoliknya adalah 213.33 ± 0.03 mg/g per sampel. Manakala, ekstrak daun A. angustiloba menunjukkan nilai aktiviti antioxida yang paling tinggi (62.42 ± 1.08 %) pada kepekatan 100 μg/ml. Nilai ECso ekstrak daun A. angustiloba pula adalah 16.00 ± 0.71 %. Keputusan tersebut menunjukkan bahawa ekstrak daun A. angustiloba mempunyai keupayaan merendahkan aras glukosa darah secara efektif dalam tikus diabetik. Ini mungkin disebabkan oleh aktiviti antioxida dan kandungan fenolik yang tinggi di dalam ekstrak daun A. angustiloba. Penyelidikan selanjutnya dicadangkan kerana A. angustiloba adalah sumber yang berpotensi untuk penemuan ubat altematif diabetes mellitus yang berasaskan tumbuhan

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: anti-hyperglycaemic, leaf extract, blood glucose level, body weight, oral administration, alternative medicine, diabetes mellitus
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 23 May 2014 02:58
Last Modified: 13 Oct 2017 04:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9075

Actions (login required)

View Item View Item