Kepelbagaian dan kelimpahan anuran di ekosistem sawah padi

Yong, Hui Lin (2007) Kepelbagaian dan kelimpahan anuran di ekosistem sawah padi. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002273.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan kepelbagaian dan kelimpahan anuran di sawah padi Kampung Barns yang terletak di Daerah Tuaran, Sabah. Persampelan dijalankan sebanyak enam kali dari Ogos 2006 hingga Januari 2007 dengan selang masa selama empat minggu. Bagi setiap lawatan, penangkapan anuran di sawah padi dilakukan mengikut transek pada waktu malam dari jam 19:00 hingga jam 22:00. Sebanyak enam transek yang berukuran 250 m x 10m telah didirikan di tempat persampelan. Kajian secara opotunistik dijalankan di semua habitat mikro yang mungkin menjadi tempat anuran bersembunyi seperti atas tanaman padi, kolam sementara, tepi jalan serta vegetasi di sekitar sawah padi. Spesimen yang ditangkap dibawa ke makmal untuk diawet. Butir-butir mengenai spesimen direkodkan ke dalam helaian data persampelan. Sebanyak 112 individu anuran daripada dua spesies telah ditangkap di sawah padi Kampung Barus, iaitu Fejervarya limnocharis dan Rana erythraea. Nilai indeks kepelbagaian Simpson di kawasan kajian ialah 0.3185. Fejervarya limnocharis merupakan spesies yang dominan di tempat persampelan. Nisbah Fejervarya limnocharis kepada Rana erythraea ialah 4: 1. Kelimpahan anuran pada setiap bulan adalah lebih kurang sarna. Kepadatan Fejervarya limnocharis di sawah padi Kampung Barns ialah sekurang-kurangnya 10 ekor per hektar manakala kepadatan Rana erythraea pula ialah 2.44 ekor per hektar. Biojisim keseluruhan bagi anuran yang didapati di sawah padi Karnpung Barus ialah sebanyak 71.12 g/ha. Nisbah anuran dewasa kepada juvenil ialah 3: 1.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: diversity, abundance, anuran, paddy field, opportunistic examination, Simpson diversity index
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 May 2014 05:56
Last Modified: 13 Oct 2017 04:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9117

Actions (login required)

View Item View Item