Penerimaan dan persepsi terhadap pemakanan di angkasa lepas di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS-Kampus Induk)

Siti Nora'in Hanafiah, (2005) Penerimaan dan persepsi terhadap pemakanan di angkasa lepas di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS-Kampus Induk). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002280.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini adalah berkenaan penerimaan dan persepsi pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap pemakanan di angkasa lepas. Jumlah responden yang terlibat dalam penyelidikan ini ialah 371 orang yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan Universiti Malaysia Sabah dalam julat umur 18 sehingga 35 tahun. Objektif yang ditetapkan dalam penyelidikan ini ialah untuk menentukan kewujudan perkaitan diantara penerimaan dan persepsi pelajar UMS terhadap pemakanan di angkasa lepas dengan kepintaran pelajar, membuat perbandingan diantara pelajar aliran sains dan pelajar aliran sastera mengenai penerimaan dan persepsi terhadap pemakanan angkasa dan menentukan penerimaan dan persepsi terhadap pemakanan di angkasa lepas bagi majoriti pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS-Kampus Induk). Kaedah penilaian adalah menggunakan analisis SPSS iaitu statistik deskriptif: frekuensi dan korelasi. Melalui penyelidikan ini didapati wujud perkaitan diantara penerimaan dan persepsi pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS-Kampus Induk) terhadap pemakanan angkasa dengan kepintaran pelajar. Korelasi positif adalah signifikan (r=0.176, p<0.05) pada tahap 0.01 (1-tailed). Responden yang memperolehi skor yang lebih tinggi dalam kuiz kepintaran lebih cenderung menerima dan mempunyai persepsi yang positif terhadap pemakanan di angkasa lepas berbanding responden yang memperolehi skor yang lebih rendah dalam kuiz kepintaran yang lebih cenderung untuk menolak dan mempunyai persepsi negatif terhadap pemakanan di angkasa lepas. Responden aliran sains sebanyak 97 (42.5%) yang menerima dan mempunyai persepsi positif terhadap pemakanan di angkasa lepas mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding responden aliran sastera sebanyak 76 (45.5%). Responden aliran sastera sebanyak 91 (54.5%) yang menolak dan mempunyai persepsi negatif terhadap pemakanan di angkasa lepas mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding responden aliran sains 107 (52.5%). Majoriti pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS-Kampus Induk) sebanyak 198 (53.4%) responden menolak dan mempunyai persepsi negatif terhadap pemakanan di angkasa lepas.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: acceptance, perception, space nutrition, intelligence quiz
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Jun 2014 05:55
Last Modified: 13 Oct 2017 04:38
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9141

Actions (login required)

View Item View Item