Sistem Informasi SKTM bagi program Kejuruteraan Perisian dan Sistem Pengurusan & Rangkaian (HC 00 & HC 05)

Zulliana Hazmi, (2006) Sistem Informasi SKTM bagi program Kejuruteraan Perisian dan Sistem Pengurusan & Rangkaian (HC 00 & HC 05). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002283.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Sistem Informasi Pelajar Kejuruteraan Perisian Dan Pengurusan Sistem dan Rangkaian (SKTM) merupakan sistem yang dibangunkan dengan menggunakan aplikasi yang berasaskan web. Aplikasi yang berasaskan web ini merupakan aplikasi yang dibina di atas persekitaran web iaitu di dalam rangkaian sama ada jenis rangkaian keeil (peer-to-peer), pelayan fail (file server), rangkaian telefon dan Internet, Intranet atau Extranet. Aplikasi web ini memudahkan pelajar Sekolah Kejuruteraan Dan Teknologi Maklumat yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan Perisian (HE 00) dan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Dan Rangkaian dalam membuat sebarang capaian ke atas sistem yang dibangunkan ini. Ianya boleh diakses di mana sahaja di dalam kampus yang mempunyai sambungan rangkaian terminalnya. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan VB Script, Active Server Pages (ASP). VB Script (ASP) dipilih sebagai bahasa pengaturcaraan dalam sistem ini kerana bersesuaian dengan aplikasinya iaitu berasaskan web. Sistem ini mempunyai tiga modul utama iaitu Kursus, Pelajar dan Pensyarah. Sistem yang dibangunkan ini menggunakan methodologi Kitar Hayat Pembangunan Sistem atau System Development Life Cycle (SDLC). Daripada sistem ini, pelajar boleh membuat pendaftaran kursus secara online, menyemak markah serta menyemak status pelajar dan menyemak aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Manakala pensyarah pula boleh membuat pengredan markah pelajar dan mengakses maklumat-maklumat yang diingini yang berkaitan dengan maklumat pelajar serta maklumat kursus.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: web based application, Software Engineering And System Management, Networking Information System, VB Script (ASP), System development Life Cycle (SDLC)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions: SCHOOL > School of Engineering and Information Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Jun 2014 05:53
Last Modified: 13 Oct 2017 04:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9145

Actions (login required)

View Item View Item