Persepsi penduduk terhadap saranan penempatan semula. Kajian kes : Kawasan penempatan Empangan Bengoh, Kuching Sarawak

Wisko Anak Angin, (2009) Persepsi penduduk terhadap saranan penempatan semula. Kajian kes : Kawasan penempatan Empangan Bengoh, Kuching Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002286.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Perpindahan penduduk kadangkala bukan atas kehendak penduduk sendiri, namun kadangkala atas saranan kerajaan, penduduk harus berpindah dengan dibayar pampasan dan juga tanpa dibayar pampasan. Perpindahan penduduk akibat pembinaan bukanlah perkara baru di Malaysia, namun tidak lari dari masalah yang melibatkan isu hak tanah adat, isu lokasi baru, isu pampasan dan sebagainya seperti yang terdapat di internet, surat khabar dan sebagainya. Perkara tersebut, bukanlah untuk melihat kejayaan dalam jumlah projek yang telah disiapkan, malah ia melibatkan kepentingan dan hak asasi penduduk yang terlibat yang seperti berlanjutan dicabar dan seperti tidak terurus. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat bagi melihat persepsi penduduk sendiri terhadap faktor-faktor perpindahan, iaitu sebelum berpindah ke lokasi baru dari kawasan tenggelam dan kawasan tadahan empangan Bengoh ke Rural Growth Centre(RGC). Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah soal selidik digunakan sebagai data utama dan hasil temu bual dan pemerhatian akan dijadikan sandaran dalam menguatkan dapatan kajian. Terdapat dua perisian komputer yang digunakan untuk membantu dalam menganalisis data iaitu Statistical Programmer For Social Sciences 15.0 (SPSS), dan Microsoft Excel 2007. Hasil kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa majoriti penduduk menyokong saranan penempatan semula disebabkan faktor-faktor utama seperti penyediaan kemudahan asas, menurut kehendak keluarga, menurut orang lain, desakan kerajaan dan terpaksa berpindah kerana ketiadaan tanah untuk bercucuk tanam di kawasan lama. Melalui kajian ini juga, pengkaji telah mengenalpasti isu-isu lain berkaitan dengan penempatan semula seperti politik, pengurusan, kewangan, ancaman dan sebagainya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Bengoh Dam, resident moved
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Jun 2014 05:49
Last Modified: 13 Oct 2017 04:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9152

Actions (login required)

View Item View Item