Kegiatan ekonomi informal: Satu kajian kes di Gaya Street Kota Kinabalu

Rosaini Micheal, (2009) Kegiatan ekonomi informal: Satu kajian kes di Gaya Street Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002295.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Peningkatan sektor ekonomi informal dinegara sedang membangun memainkan peranan yang penting sebagai satu peluang alternatif pekerjaan dan penyerapan guna tenaga di bandar. Kajian ini mendalami tentang kegiatan ekonomi informal dan dibincangkan melalui pelbagai pendekatan.Kajian ini dilakukan keatas 40 orang responden di Gaya Street Kota Kinabalu. Berdasarkan dapatan ini, rata-rata masyarakat bandar yang menjalankan kegiatan ekonomi informal merupakan golongan miskin bandar yang tidak dapat menyerap dalam bidang pekerjaan rasmi.Selain itu juga,pengukuran pendapatan berdasarkan Penunjuk Garis Kemiskinan (PGK) berdasarkan metodologi 2005 diterimapakai dalam kajian ini. Dianggarkan lebih kurang 70 peratus masyarakat bandar yang melibatkan diri dalam bidang informal adalah golongan miskin bandar. Antara fokus kajian yang menarik adalah sumbangan sektor ekonomi informal dalam penyerapan guna tenaga khususnya di kawasan bandar melalui potensi kawasan Gaya Street sebagai salah satu 'places of Interest' di Sabah sekali gus menggalakkan industri perlancongan bandar di negeri ini. Kajian ini juga menumpukan mengenai beberapa halangan kepada pertumbuhan sektor ekonomi informal khususnya di Kota Kinabalu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Gaya Street, informal economic sector, urban informal economy
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Jun 2014 05:41
Last Modified: 13 Oct 2017 04:49
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9161

Actions (login required)

View Item View Item