Pencirian fizik lemak koko polimorf,β(V) dari kawasan terpilih di Sabah, Malaysia

Nur Fadzilah Basri, (2010) Pencirian fizik lemak koko polimorf,β(V) dari kawasan terpilih di Sabah, Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Pencirian polimorf β(V) bagi tiga jenis lemak koko dari Sabah dan perbandingan polimorf β(V) mengikut kaedah pengekstrakan telah dijalankan menggunakan Pembelauan Sinar-X (XRD), Penyerakan Sinar-X Sudut Kecil (SAXS), Spektroskopi Inframerah Penjelmaan Fourier (FTIR), Kalorimeter Pengimbasan Pembezaan (DSC), Spektrometer Jisim Kromatografi Gas (GC-MS) dan Resonans Magnet Nukleus Denyut (pNMR). Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui cirian fizikal bagi 3 jenis lemak koko Sabah iaitu CBTawau, CB Kunak dan CBLD. Plimorf β(V) CBLD didapati mempunyai ciri kehabluran paling rendah dan polimorf β(V) CBTawau mempunyai ciri kehabluran paling tinggi. Nilai FWHM rendah menunjukkan hablur yang sempurna dan tersusun secara berkala manakala nilai FWHM tinggi menunjukkan hablur tersusun secara rawak dan mempunyai darjah kalaan yang rendah. Saiz hablur adalah meningkat daripada CBLD dengan 188.86 A, diikuti oleh CBKunak 292.56 Ǻ dan CBTawau 29 5.61 Ǻ. Kesemua polimorf β(V) CB menunjukkan struktur hablur triklinik. Didapati nilai M1 bagi kesemua polimorf β(V) CB adalah rendah. Dapat disimpulkan bahawa polimorf β(V) tidak mempunyai profil data puncak yang bersesuaian dengan sel malar. Nilai penjarakan lapisan adalah meningkat daripada polimorf β(V) CBTawau dengan 65.72 Ǻ diikuti polimorf β( V) CBKunak 66, .28 Ǻ dan polimorf β(V) CBLD 6 6.84 Ǻ. Analisis takat lebur menunjukkan polimorf β(V) CBTawau dengan takat lebur terendah diikuti polimorf β(V) CBKunak dan polimorf β(V) CBLD (takat lebur tertinggi). Spektrum FTIR menunjukkan frekuensi yang hampir sama bagi δ(CH2), r(CH₂), vas(=CH) bagi ketiga-tiga polimorf β(V) CB, tetapi menunjukkan perbezaan jelas pada y(=CH) iaitu pada frekuensi 687.87 cm⁻¹, 688.11 cm⁻¹ dan 690.81 cm⁻¹ masing-masing bagi CBTawau CBKunak dan CBLD. Perbandingan ciri-ciri lemak koko mengikut kaedah pengekstrakan menunjukkan bahawa kaedah mempengaruhi ciri akhir lemak koko. Analisis XRD menunjukkan polimorf βV) CBSFE mempunyai ciri kehabluran yang lebih baik berbanding polimorf β(V) CBsoxhlet. Saiz hablur bagi polimorf β(V) CBsoxhlet ,pada hari ke-10 dan ke-14 berkurang dengan peningkatan hari penghabluran iaitu 190.57 Ǻ kepada 188.86 Ǻ bagi manakala polimorf β(V) CBSFE pula bertambah iaitu 278.75 Ǻ kepada 289.28 Ǻ. Pengindeksian bagi polimorf β(V) CBSFE pada hari ke-14 penghabluran memberikan nilai M1 yang tinggi dan disimpulkan bahawa polimorf β(V) CBSFE mempunyai profil puncak yang bersesuaian dengan sei malar. Polimorf β(V) CBsoxhlet pula mempunyai nilai M1 yang rendah. Nilai penjarakan lapisan bagi polimorf β(V) CBsoxhlet adalah 67.42 Ǻ pada hari ke-10 dan 66.84 Ǻ pada hari ke-14 penghabluran. LS bagi polimorf β(V) CBSFE adalah 65.72 Ǻ dan 66.35 Ǻ pada hari ke-10 dan ke-14 penghabluran. Polimorf β(V) CBsoxhlet adalah lebih keras dengan takat lebur 37.6 °C pada hari ke-10 dan 37.0 °C pada hari ke-14 penghabluran berbanding polimorf β(V) CBSFE yang mempunyai takat lebur 36.2 °C pada hari ke-10 dan 36.4 °C pada hari ke-14. Spektrum FTIR menunjukkan frekuensi yang hampir sama bagi δ(CH2),r (CH2),vas(=CH) dan y(=CH) bagi polimorf β(V) CBsoxhlet ,dan CBSFE. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan ketara dari segi cirian fizikal antara polimorf β(V) tiga jenis lemak koko dari Sabah serta dari segi kaedah pengekstrakan lemak koko tersebut.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:β(V) polymorph, extraction, X-Ray Diffractometry (XRD), cocoa butter, Small Angle X-Ray Scattering (SAXS), Fourier Transform Infrared Spectroscopy (F77R), Differential Scanning Calorimeter (DSC), Gas Chromatography Mass Spectrometry (GC-MS), Pulsed Nuclear Magnetic Resonance (pNMR)
Subjects:Q Science > QC Physics
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:9173
Deposited By:IR Admin
Deposited On:09 Jun 2014 11:54
Last Modified:09 Jun 2014 11:54

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository