Identiti politik dan keselamatan: Kajian kes Wallace Bay, Pulau Sebatik, Sabah

La Masri Mansyur, (2010) Identiti politik dan keselamatan: Kajian kes Wallace Bay, Pulau Sebatik, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
2181Kb

Abstract

Kajian ini meneliti hubungan timbal-balik diantara aspek nasionalisme, identiti politik dan persoalan keselamatan dalam kalangan komuniti sempadan di Pulau Sebatik Tawau, Sabah. Dalam erti kata lain menganalisis sejauh manakah elemen nasionalisme dan identiti politik mempunyai impak terhadap tahap dan kestabilan keselamatan Malaysia di sempadan. Di dalam era teknologi maklumat kini, nasionalisme, identiti politik dan keselamatan negara dilihat berhadapan dengan pelbagai bentuk halangan dan cabaran. Proses globalisasi telah dikatakan menjana darjah keterbukaan yang tinggi sehingga melangkaui sempadan nasional yang mampu menggugat keutuhan identiti politik dan keselamatan nasional sesebuah masyarakat dan juga negara. Sarjana kontemporeri telah menghujahkan bahawa globalisasi telah membentuk sebuah komuniti yang mempunyai kepelbagaian latarbelakang sosiobudaya. Maka, identiti [dalam konteks kajian ini identiti politik] dan nasionalisme dikatakan semakin menerima penolakan dan kehakisan akibat daripada fenomena dunia tanpa sempadan. Bersandarkan kepada hujah tersebut, kajian ini menganalisis kesan sosiologikal fenomena dunia tanpa sempadan terhadap komuniti sempadan Pulau Sebatik dan sejauhmanakah kesan sosiologikal terse but meninggalkan kesan yang negatif terhadap keutuhan keselamatan Malaysia, khususnya dalam kalangan komuniti sempadan. Bagi merungkai persoalan kajian yang diutarakan, kajian ini mengadaptasi pendekatan kualitatif dengan bersandarkan kepada konsep keselamatan non-tradisional iaitu identiti politik dan nasionalisme sebagai alat analisis. Alat anal isis tersebut diadunkan pula dengan kaedah etnografi sebagai alat bantu dalam proses pengutipan data kajian. Gabungan diantara pendekatan kualitatif sebagai kerangka kajian dan kaedah etnografi sebagai cara pengutipan data telah menemukan dapatan kajian bahawa nasionalisme dan identiti politik mempunyai hubungan yang simbiosis dengan aspek keselamatan; dan dalam konteks komuniti sempadan Pulau Sebatik, Tawau tahap identiti politik dan hubungannya dengan keselamatan dapat disimpulkan sebagai stabil tetapi rapuh, iaitu selari dengan hujah Buzan [1991] yang menyatakan bahawa aspek keselamatan non-tradisional [dalam konteks ini identiti politik dan nasionalisme] jika tidak diurus dengan baik akan menjadi ancaman dan hambatan politik kepada Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:nationalism, political identity, Pulau Sebatik, border community, Malaysia security, Wallace Bay
Subjects:J Political Science > JZ International relations
Divisions:SCHOOL > School of Social Sciences
ID Code:9186
Deposited By:IR Admin
Deposited On:07 Jul 2014 09:22
Last Modified:07 Jul 2014 09:22

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository