Konsep ruang,dalam lukisan kanak-kanak usia 4 - 9 tahun

Jasmini Daud, (2010) Konsep ruang,dalam lukisan kanak-kanak usia 4 - 9 tahun. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
1893Kb

Abstract

Kajian ini merupakan suatu huraian mengenai konsep ruang dalam lukisan kanakkanak serta bagaimana kanak-kanak mengaplikasi ruang dalam lukisan seawal umur 4 sehingga 9 tahun. Di samping dapat menjelaskan representasi tema yang menjadi rangsangan agar dapat ditafsir dari segi kematangan. Fokus utama kajian adalah untuk memastikan wujudnya kategori ruang satu dimensi, dua dimensi dan tiga dimensi dalam lukisan kanak-kanak mengikut tahap umur. Untuk mengukur sejauh mana kematangan kanak-kanak lelaki dan perempuan dapat diterjemahkan melalui lukisan serta mengariskan ciri-ciri lukisan kanak-kanak mengikut tahap umur. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 330 orang pelajar daripada 10 buah sekolah iaitu 5 buah sekolah tadika dan 5 buah Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di sekitar WP Labuan. Kaedah pengumpulan data kualitatif dan kuantitatif adalah berdasarkan hasil lukisan kanak-kanak yang menjadi responden. Instumen kajian adalah kertas lukisan yang disediakan oleh pengkaji. Lukisan dinilai berdasarkan beberapa kriteria tertentu yang telah ditetapkan mengikut skala markah iaitu 4(cemerlang), 3(memuaskan), 2(baik) dan l(Lemah). Dapatan data dianalisis berdasarkan kaedah peratus. Sebagai rumusan pertama, kajian ini membuktikan bahawa terdapatnya tiga jenis kategori ruang dalam lukisan kanak-kanak iaitu satu dimensi, dua dimensi dan tiga dimensi. kedua, kematangan umur memainkan peranan utama dalam menentukan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak melukis dan ketiga faktor jantina bukanlah ukuran terhadap kematangan kanak-kanak lingkungan usia 4-9 tahun dalam menentukan tema dan ruang dalam lukisan mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:children, drawing, 4-9 years old, space concept, dimension, age maturity, capability
Subjects:N Fine Arts > ND Painting
Divisions:SCHOOL > School of Arts Studies
ID Code:9191
Deposited By:IR Admin
Deposited On:09 Jul 2014 09:18
Last Modified:09 Jul 2014 09:18

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository