Pengaruh cuaca terhadap kes demam denggi di Kota Kinabalu pada tahun 2009

Mohd Yacob Harun, (2010) Pengaruh cuaca terhadap kes demam denggi di Kota Kinabalu pada tahun 2009. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
1953Kb

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui sama ada faktor cuaca mempengaruhi kes demam denggi di Kota Kinabalu pada tahun 2009. Faktor-faktor cuaca yang terlibat dalam kajian ini adalah taburan hujan, bilangan hari hujan, suhu minimum, suhu maksimum, suhu purata dan kelembapan udara. Ujian Pekali Korelasi Pearson dijalankan untuk menentukan sama ada faktor-faktor cuaca tersebut mempengaruhi kes demam denggi. Hasil ujian mendapati, tiada korelasi wujud antara kes demam denggi dengan taburan hujan dan bilangan hari hujan. Walaubagaimanapun terdapat korelasi positif yang lemah antara kes demam denggi dengan suhu minimum, suhu maksimum dan suhu purata manakala korelasi negatif yang lemah dengan kelembapan udara. Ujian Regresi Linear pula mendapati semua faktor cuaca tersebut tidak signifikan dalam peramalan kejadian kes demam denggi. Kajian ini mendapati variasi kejadian kes demam denggi dapat diterangkan oleh variasi hujan sebanyak satu peratus, variasi suhu 9.9 peratus dan variasi kelembapan udara 6.2 peratus. Manakala 83.8 peratus variasi kejadian kes demam denggi pula dapat diterangkan oleh variasi selain cuaca. Variasi selain cuaca yang mempengaruhi kejadian demam denggi adalah dinamik pertambahan virus denggi, tabiat vektor, ekologi persekitaran, tabiat manusia, imuniti dan faktor sosial dan ekonomi.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:dengue fever, rainfall, temperature, humidity, Pearson Correlation Coefficient, Simple Linear Regression test, ecology
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:9216
Deposited By:IR Admin
Deposited On:23 Jun 2014 13:29
Last Modified:23 Jun 2014 13:29

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository