Anggaran jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal perbandaran Kayu Madang

Lorrendah Joseph, (2010) Anggaran jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal perbandaran Kayu Madang. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
1983Kb

Abstract

Objektif utama latihan ilmiah ini adalah untuk menganggar jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal perbandaran Kayu Madang dan mengkaji bagaimana aktiviti 3R dapat membantu dalam memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sisa tersebut. Anggaran jangka hayat ini dilakukan dengan menggunakan formula anggaran iSipadu penggunaan tapak pelupusan sisa oleh Salvato (Mackenzie and David, 2006). Data-data dan maklumat yang diperlukan untuk pengiraan ini diambil daripada jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Hasil daripada analisis data, jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal perbandaran Kayu Madang didapati berkurangan sebanyak tiga tahun daripada yang dijangkakan. Kajian juga mendapati bahawa jangka hayat tapak pelupusan sisa yang baru adalah kurang daripada yang dijangkakan iaitu sebanyak tujuh tahun. Kedua-dua tapak pelupusan sisa pepejal ini akan berhenti beroperasi sebelum sampai tempoh yang dijangkakan. Kajian terhadap kesan pelaksanaan aktiviti 3R dijalankan pada tahap 10%, 20% dan 30% daripada jumlah sisa pepejal yang dijana setiap tahun. Hasil kajian mendapati bahawa dengan pelaksanaan 3R di Kota Kinabalu, jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal yang baru dapat dipanjangkan kepada satu tahun, dua tahun dan empat tahun. Semakin tinggi peratusan pelaksanaan 3R, maka semakin panjang jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati bahawa jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal adalah kurang daripada yang dijangkakan dan pelaksanaan 3R dapat membantu dalam memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:life span, annual volume, kayu Madang landfil, Salvato
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:9245
Deposited By:IR Admin
Deposited On:30 Jun 2014 12:48
Last Modified:30 Jun 2014 12:48

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository