Sikap terhadap pelaksanaan perancangan strategik akademik sekolah di dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Tambunan

Midianah Jane Frances Dautis, (2006) Sikap terhadap pelaksanaan perancangan strategik akademik sekolah di dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Tambunan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
8Mb

Abstract

Kajian ini adalah satu kajian tinjauan terhadap pelaksanaan perancangan strategik akademik sekolah di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Tambunan, Sabah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap guru-guru terhadap pelaksanaan perancangan strategik akademik sekolah dan mengenalpasti perbezaan sikap terhadap pelaksanaan perancangan strategik akademik berdasarkan kumpulan subjek yang diajar, jantina, kelulusan akademik, pengalaman mengajar, kelayakan ikhtisas dan jawatan di sekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada 82 orang guru yang mengajar subjek Matematik dan Bahasa Melayu di empat buah sekolah menengah di daerah Tambunan, Sabah. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan satu set soal selidik yang telah diubahsuai daripada soal selidik yang telah digunakan oleh Robertson et. Al (1995) yang mengandungi 50 item subskala sikap terhadap pelaksanaan perancangan strategik akademik sekolah. Penganalisisan data kajian untuk mengenalpasti sikap terhadap pelaksanaan perancangan strategik akademik dilakukan secara deskriptif manakala ujian t, ANOVA Sehala digunakan untuk mengenalpasti perbezaan sikap terhadap pelaksanaan perancangan strategik akademik dan korelasi Pearson untuk mengenalpasti hubungan yang signifikan di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan sikap sederhana positif pada subskala sikap kebimbangan (min=3.26), keyakinan (min=3.01), kognitif (min=3.47), kesukaan (min=2.93), pelaksanaan (min =2.93), kecekapan (min=3.35) dan sikap sederhana negatif pada subskala sikap tingkahlaku (min=2.59). Terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara subjek diajar pada subskala sikap kecekapan (p<0.05), tetapi tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara jantina pada kesemua subskala sikap, tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara pengalaman mengajar pada kesemua subskala sikap dan terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara kelayakan akademik pada subskala sikap kognitif (p<0.05). Beberapa cadangan diberikan berdasarkan analisis dapatan kajian.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:strategic plan, teacher, secondary school, school's academic, attitude
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:9281
Deposited By:IR Admin
Deposited On:07 Jul 2014 11:41
Last Modified:07 Jul 2014 11:41

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository