Kajian teknologi penghasilan sunyi dalam alat muzik Sompoton

Ong , Chen Wei (2006) Kajian teknologi penghasilan sunyi dalam alat muzik Sompoton. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
9Mb

Abstract

Negeri Sabah merupakan negeri yang kava dengan hasil kraftangan, barang-barang seni dan alat muzik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi. Pelbagai alat muzik tradisional boleh didapati di negeri ini. Sompoton merupakan salah satu daripada alatalat muzik tradisional yang paling digemari sejak dahulu lagi. Akan tetapi, muzik rakyat di negeri ini seolah-olah lenyap begitu sahaja pada masa kini malah pembuat sompoton juga semakin hari semakin berkurangan. Kajian teknologi penghasilan bunyi alat muzik tradisional tidak pernah diusahakan di kalangan penduduk tempatan. Oleh yang demikian, sompoton telah diambil sebagai bahan kajian teknologi penghasilan bunyi supaya ciri-ciri fizikalnya direkodkan sebagai rujukan untuk generasi masa depan. Kajian dimulakan dengan memastikan kaedah analisis frekuensi bunyi dengan menggunakan aturcara Matlab yang dapat digunakan dengan jitu dan persis. Seterusnya frekuensi bunyi alat muzik sompoton dirakamkan dan dibandingkan dengan model paip terbuka dan tertutup. Didapati kedua-dua model tidak dapat digunakan untuk menentukan frekuensi as as dan frekuensi harmonik alat muzik ini dengan tepat. Akan tetapi, salah satu model Ini mung kin dapat digunakan dengan mempertimbangkan parameter lain. Dengan ini, kajian diteruskan dengan menukarkan sodi iaitu pengetar bunyi yang dilekatkan di atas paip ditukarkan dari satu paip ke paip lain. Didapati sodi memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan frekuensi bunyi yang dihasilkan oleh sompoton. Satu hubungan yang melibatkan antara frekuensi bunyi dan dimensi sodi telah dikenalpasti. Kajian diteruskan dengan melibatkan kesan perubahan panjang paip terhadap frekuensi bunyi yang dihasilkan. Kajian tersebut mendapati bahawa model paip tertutup dapat dikaitkan dengan kehadiran sodi. Dengan ini satu persamaan yang melibatkan panjang paip dan dimensi sodi telah dicadangkan untuk menentukan frekuensi asas alat muzik sompoton. Persamaan bagi menentukan frekuensi harmonik turut dicadangkan berdasarkan data-data yang diperolehi daripada ujikaji. Hasil perbandingan di antara nilai frekuensi yang ditentukan dengan menggunakan persamaan baru dan nilai frekuensi kajian mendapati persamaan baru ini boleh diterima sebagai persamaan umum dalam menentukan frekuensi asas dan frekuensi harmonik alat muzik sompoton.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:musical instrument, Sompoton, sound frequency, local music
Subjects:M Music and Books on Music > M Music
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:9306
Deposited By:IR Admin
Deposited On:09 Jul 2014 09:04
Last Modified:09 Jul 2014 09:04

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository