Geologi am dan geologi struktur kawasan Matang, Sarawak

Chong, Wen Chen (2007) Geologi am dan geologi struktur kawasan Matang, Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000256.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di kawasan Matang, Sarawak yang merangkumi keluasan 154.4 km². Kawasan kajian terletak di longtitud 1° 30' hingga ke 1° 36' dan latitud 110° 10' hingga ke 110° 16'. Kajian dijalankan adalah mengenai geologi am dan geologi struktur di kawasan Matang. Objektif kajian ialah menghasilkan peta geologi yang berskala 1: 30,000 dan menentukan hubungan stratigrafi antara fomasi batuan. Kajian ini bertujuan menentukan keadaan struktur geologi dalam arah canggaan. Kawasan kajian ini terdiri daripada Fonnasi Pedawan, Batu Pasir Kayan, Rejahan Batuan Igneus, Batuan Metamorfik Sentuh dan endapan Aluvium. Hubungan stratigrafi unit batuan antara Fomasi Pedawan dan Batu Pasir Kayan adalah tidak selaras. Terdapat rejahan batuan igneus pada Batu Pasir Kayan dan berlaku proses metamorfisme sentuh yang membentuk meta kuarzit. Tafsiran dalam kajian geologi struktur kawasan kajian ini menunjukkan kawasan ini telah mengalami dua kali canggaan pada usia Awal Kapur dan Pertengahan Miosen. Canggaan pertama berlaku pada arab Barat laut dan Tenggara dan canggaan kedua pada arab Timur laut dan Barat daya. Ciri-ciri geologi struktur yang terbentuk dalam episod canggaan ini ialah lipatan yang membentuk struktur sinklin dan antiklin pada Fonnasi Pedawan. Pembentukan struktur sesar sungkup dan sesar nonnal pada singkapan yang berhubungkait dengan episod canggaan pertama ini. Struktur kekar yang menunjukkan arab canggaan pada Barat Laut dan Tenggara terhasil akibat arah canggaan terhadap lapisan batuan. Sebagai kesimpulan, data yang dikumpul daripada lapangan menerangkan keadaan geologi struktur kawasan kajian dengan bantuan maklumat asas kajian literatur.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Geology structure, Matang area, Sarawak
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 06:50
Last Modified: 12 Oct 2017 07:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/935

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository