Amalan refleksi dan isu dalam penulisan jurnal semasa praktikum : Satu kajian kes di kalangan guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah (SR) ambilan Januari 2005 di sebuah maktab perguruan di Sabah

Lim , Chee Kah (2006) Amalan refleksi dan isu dalam penulisan jurnal semasa praktikum : Satu kajian kes di kalangan guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah (SR) ambilan Januari 2005 di sebuah maktab perguruan di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan meninjau amalan refleksi, isu-isu dan keberkesanan dalam penulisan jurnal di kalangan guru pelatih Kursus Perguruan lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah (SR), Ambilan Januari 2005 di sebuah maktab perguruan di Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 39 orang guru pelatih daripada opsyen Bahasa Inggeris dan opsyen Matematik yang menjalani praktikum pad a 20 Jun 2005 hingga 16 September 2005. Pendekatan kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah jenis gabungan kualitatif dan kuantitatif. Dalam kajian ini, data-data diperoleh daripada soal selidik dan catatan penulisan jurnal guru pelatih semasa menjalani praktikum. Kesemua data yang diperoleh akan dianalisis secara kualitatif bagi mendapatkan tema-tema khusus berkaitan dengan amalan refleksi. Manakala analisis secara kuantitatif digunakan untuk mentafsir amalan refleksi dan tahap keberkesanannya. Hasil kajian menunjukkan guru pelatih mempunyai kefahaman yang baik tentang konsep refleksi dan dapat mengamalkannya dalam penulisan jurnal mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penulisan jurnal di kalangan guru pelatih berada pada tahap yang berkesan dan amat berkesan. Sungguhpun demikian, guru pelatih masih menghadapi beberapa masalah berkaitan dengan amalan refleksi dan penulisan jurnal. Bagi menangani masalah tersebut, beberapa rumusan dan cadangan akan dikemukakan oleh penyelidik bagi meningkatkan mutu amalan refleksi dan penulisan jurnal. Akhir sekali, kajian ini diharap akan dapat menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat dengan pengurusan praktikum Kursus Perguruan lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah (SR) supaya dapat menghasilkan guru yang profesional dan cemerlang pada masa akan datang.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:journal writing, Graduate Diploma Course (KPLI), teacher training college, mixed method, Primary School (SR) student
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:9370
Deposited By:IR Admin
Deposited On:16 Jul 2014 09:42
Last Modified:16 Jul 2014 09:42

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository