Persepsi guru pelatih terhadap pengintegrasian muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di sebuah maktab perguruan di Sabah

Loi, Ling Ju (2006) Persepsi guru pelatih terhadap pengintegrasian muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di sebuah maktab perguruan di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000431.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mendapatkan maklum balas persepsi pendidikan muzik, tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas muzikdalam kurikulum Muzik dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, dan kesediaan dan kemampuan mengintegrasikan aktivlti muzikal dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru pelatih di sebuah maktab perguruan di Sabah. Sampel kajian ini terdiri daripada 63 orang guru pelatih KPU (SR) dan opsyen Pengajian Agama Islam, Matematik, dan Sains. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik yang menggunakan skala Likert 4 poin. Kaedah statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, dan statistik Inferensi ujian-T dan ANOVA sehala digunakan untuk penganalisaan data. Hasil dapatan kajian inl menunjukkan bahawa min keseluruhan persepsi terhadap pendidikan muzik di kalangan guru pelatih ialah 3.12. Ujian-T 'Independent Samples Test' yang dijalankan menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan di antara persepsi pendidikan muzik menglkut jantina (p = 0.67, a =.05). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas muzik adalah pada tahap sederhana dengan min keseluruhan 2.S0. Ujian ANOVA sehala yang dijalankan menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan di antara tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas muzik mengikut opsyen (p = 0.08, a = .OS). Dapatan kajian menunjukkan kesediaan dan kemampuan mengintegrasikan aktiviti muzikal dalam pengajaran dan pembelajaran kurang memuaskan, iaitu dengan min keseluruhan 2.82. Ujian ANOVA sehala yang dijalankan juga menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan di antara kesediaan dan kemampuan mengintegrasikan aktiviti muzikal dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut opsyen (p = 0.58, a = .05). Secara keseluruhan, guru petatih ini mempunyai persepsi yang positif terhadap pengintegrasian muzik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: perception, music education, trainee teachers, integrating music, teaching and learning
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 Jul 2014 07:21
Last Modified: 30 Oct 2017 02:23
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9373

Actions (login required)

View Item View Item