Tahap amalan ciri-ciri kepimpinan transformasional ketua bidang bahasa di sekolah-sekolah menengah di daerah Ranau Sabah

Kamaidah @ Alinah Maslin, (2006) Tahap amalan ciri-ciri kepimpinan transformasional ketua bidang bahasa di sekolah-sekolah menengah di daerah Ranau Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
11Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan mengukur dan mengenal pasti tahap amalan ciri-ciri kepimpinan Transformasional dalam kalangan Ketua-ketua Bidang Bahasa di sekolah-sekolah menengah di Daerah Ranau Sabah. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan deskriptif. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data dan dianalisis dengan menggunakan program SPSS edisi 12 yang berkaitan empat dimensi utama ciri-ciri kepimpinan Transformasional oleh Ketua Bidang Bahasa iaitu: Tahap amalan ciri-ciri kepimpinan Transformasional sebagai perancang, tahap amalan ciri-ciri kepimpinan Transformasional sebagai penyelia, Tahap amalan ciri-ciri kepimpinan Transformasional sebagai pendidik dan tahap amalan ciriciri kepimpinan Transformasional berkarisma. Dapatan kajian bahawa Tahap amalan ciri-ciri kepimpinan Transformasional perancang respons untuk sangat setuju dan setuju mendapat skor 55.1% adalah pada tahap sederhana baik berdasarkan indeks pengukuran, manakala tahap amalan ciri-ciri kepimpinan Transformasional sebagai penyelia pula mendapat skor 52.4% juga pada tahap sederhana baik berdasarkan indeks pengukuran yang tefah ditetapkan, sementara itu tahap amalan ciri-ciri kepimpinan Transformasional sebagai pendidik mendapat skor 46.56% juga pada tahap sederhana baik berdasarkan Indeks pengukuran dan untuk tahap amalan ciri-ciri kepimpinan Transformasional berkarisma mendapat skor sebanyak 47.16% juga pada tahap sederhana baik berdasarkan Indeks pengukuran yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya tahap amalan ciri-ciri kepimpinan Transformasional Ketua Bidang Bahasa dl Daerah Ranau Sabah adalah keempat-empat dimensi adalah pada tahap sederhana baik. Ciri-ciri Kepimpinan Transformasional tidak diamalkan sepenuhnya oleh Ketua-ketua Bidang Bahasa di sekolah-sekolah menengah di Daerah Ranau Sabah.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Transformational Leadership, languages field head, secondary school
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:9375
Deposited By:IR Admin
Deposited On:17 Jul 2014 15:20
Last Modified:17 Jul 2014 15:20

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository