Hubungan kursus latihan dalaman (In-House Training) dengan peningkatan tahap profesionalisme guru: Satu kajian di sekolah-sekolah menengah daerah Beaufort

Siti Jubaidah @ Mariam Hj.Karia, (2006) Hubungan kursus latihan dalaman (In-House Training) dengan peningkatan tahap profesionalisme guru: Satu kajian di sekolah-sekolah menengah daerah Beaufort. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
11Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan data bagi melihat hubungan Kursus Latihan Dalaman (KLD) dengan peningkatan tahap profesionalisme guru yang telah dikategorikan kepada empat aspek iaitu membina kaedah dan strategi, melaksanakan Kurikulum Baru, sikap reflektif dalam membuat keputusan pengajaran dan membantu meningkatkan pencapaian prestasi pel ajar. Berdasarkan tujuan di atas maka objektif khusus kajian ini ialah:- i) Untuk melihat hubungan pelaksanaan KLD dengan peningkatan kemahiran guru dan aspek kaedah dan membina strategi pengajaran dan pembelajaran. Ii) Untuk memastikan hubungan pelaksanaan KLD dengan kebolehan guru melaksanakan P&P berdasarkan kurikulum baru. iii) Untuk meninjau hubungan pelaksanaan KLD dengan sikap reflektif guru dalam membuat keputusan pengajaran. Iv) Untuk menentukan hubungan pelaksanaan KLD dengan kebolehan guru membantu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Instrumen tunggal kajian ini ialah set soal selidik menggunakan skala Ukert 4 mata yang dibahagikan kepada 5 bahagian dengan jumlah 55 item. Seramai 127 orang responden daripada 6 buah sekolah menengah di daerah Beaufort telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata. Kajian ini adalah dalam bentuk penyelidikan deskriftif dengan data kuantitatif. Hasil penyelidikan adalah untuk menjawab persoalan dan objektif kajian. Data yang dikutip dianalisa dengan kaedah analisis deskriftif untuk melihat kekerapan, min, peratus protil responden dan peningkatan profesionalisme guru. Seterusnya, analisis inferensi iaitu ujian korelasi Pearson Product Moment digunakan untuk menguji hubungan antara pemboleh ubah bersandar(profesionalisme guru) dan pemboleh ubah tidak bersandar (KLD). Data telah dianalisis menggunakan perisian program SPSS versi 12.0. Secara keseluruhan, analisis telah menunjukkan bahawa peningkatan profesionalisme guru dalam empat aspek yang telah ditentukan berada pada tahap tinggi (memuaskan). Ujian korelasi Pearson pula, telah menjelaskan bahawa peningkatan profesionalisme dalam setiap aspek yang telah ditentukan, mempunyai hubungan yang signitikan dengan program kursus latihan dalaman. Hasil kajian ini telah berjaya menjawab persoalan dan objektif kajian.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:In-House Training, development, teacher professionalism level, secondary school
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:9379
Deposited By:IR Admin
Deposited On:17 Jul 2014 15:20
Last Modified:17 Jul 2014 15:20

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository