Pemahaman dan sikap guru serta pelajar terhadap pentaksiran kerja amali sains (PEKA Sains) di sekolah menengah daerah Kota Kinabalu

Sudina @ Sulina Hj. Sonte, (2006) Pemahaman dan sikap guru serta pelajar terhadap pentaksiran kerja amali sains (PEKA Sains) di sekolah menengah daerah Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
12Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau pengetahuan dan sikap guru serta pelajar terhadap Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains berasaskan sekolah yang sedang dilaksanakan di sekolah menengah serta bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan PEKA Sains mengikut pendapat guru. Pengumpulan data menggunakan dua instrumen dalam bentuk soal selidik, masing-masing untuk guru dan pelajar. Subjek kajian terdiri daripada 36 orang guru dan 120 orang pelajar tingkatan empat aliran Sains daripada 6 buah sekolah menengah daerah Kota Kinabalu. Analisis menggunakan statistik deskriptif seperti frekuensi (kekerapan) dan peratus, serta ujian - t untuk perbandingan keputusan serta analisis korelasi Pearson untuk melihat hubungan. Kajian mendapati kebanyakan guru dan pelajar menunjukkan penilaian yang positif terhadap beberapa aspek PEKA Sains. Pada keseluruhan sikap guru terhadap PEKA sains menunjukkan sedikit cenderung ke arah negatif. Kajian mendapati lebih separuh guru (58.3%) menyatakan pelaksanaan PEKA Sains sangat membebankan kerja, guru (52.8%) juga berpendapat PEKA Sains lebih baik daripada ujian amali Sains dan peratus tinggi (80.1%) guru berpendapat pelaksanaan PEKA Sains adalah baik. Guru juga menunjukkan sikap positif (52.8%) pelaksanaan PEKA Sains merupakan suatu kejayaan. Kajian juga mendapati tiada perbezaan sikap yang signifikan antara guru lelaki dan perempuan terhadap PEKA Sains. Di samping itu, kajian mendapati pelajar yang dikaji mempunyai sikap yang positif terhadap beberapa aspek PEKA Sains. Keputusan analisa menunjukkan sikap pelajar lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan yang tidak signifikan. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan PEKA Sains mengikut perspektif guru dalam kajian ini ialah elemen yang hendak ditaksir terlalu banyak, kesukaran menentukan skor yang tepat, pelajar bersikap negatif terhadap PEKA Sains, pelajar lebih suka meniru antara satu sama lain, mentaksir bilangan pelajar yang ramai, bebanan tugas sekolah banyak telah menyulitkan pelaksanaan PEKA Sains, Kekurangan kursus dan latihan, masalah dalam menyepadukan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masa untuk mentaksir tidak mencukupi, merekabentuk eksperimen untuk pelajar, ketiadaan pemantauan terhadap pelaksanaan, kelengkapan alat radas tidak mencukupi dan mentaksir kemahiran setiap pel ajar sekurang-kurangnya 3 kali. Akhir sekali, beberapa cadangan tindakan dan cadangan kajian lanjutan turut dinyatakan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:knowledge and attitude, implementation, science practical work assessment, PEKA Sains, secondary school
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:9380
Deposited By:IR Admin
Deposited On:17 Jul 2014 15:19
Last Modified:17 Jul 2014 15:19

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository