Pencapaian rendah dalam ujian penilaian sekolah rendah dalam kalangan murid luar bandar: Kajian kes daerah Tenom Sabah

Aloysius Polius, (2009) Pencapaian rendah dalam ujian penilaian sekolah rendah dalam kalangan murid luar bandar: Kajian kes daerah Tenom Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Pencapaian prestasi murid luar bandar dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah masih menunjukkan satu tahap pencapaian yang sangat rendah, di sekolah - sekolah luar bandar di Negeri Sabah. Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada murid sekolah luar bandar, di Daerah Tenom. Dari segi pembangunan pendidikan, di daerah ini terdapat 42 buah sekolah rendah dan terdapat empat buah sekolah menengah. Dengan adanya kemudahan pendidikan tersebut, sudah tentu peluang untuk menerima pendidikan lebih berkualiti akan tercapai di daerah tersebut. Tetapi pencapaian prestasi akademik murid-murid di daerah ini, masih menunjukkan tahap yang sangat rendah baik dari segi kuantiti mahupun kualiti. Oleh kerana itu, kajian ini perlu dijalankan untuk memahami kenapa keadaan ini berlaku. Pengkaji menggunakan pendekatan Fungsional untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap pelajaran, peranan ibu bapa terhadap pelajaran anak dan keadaan persekitaran sekolah serta kemudahan pendidikan yang tersedia di daerah Tenom. Untuk menyokong kajian ini kaedah soal selidik juga digunakan dengan jawapan yang terpilih yang ditadbirkan untuk mendapat maklumat mengenai latar diri, persekolahan, sikap terhadap pembelajaran dan persepsi kepada guru-guru, aktiviti murid di luar sekolah atau di rumah serta kesedaran murid terhadap pelajaran. Data yang terkumpul ini akan dianalisa dengan menggunakan program SPPS (Statistical package For The Social Sciences) melalui arahan frequencies. Hasil kajian ini didapati ada kaitan persepsi murid terhadap pelajaran yang mempengaruhi sikap murid menjadi malas, bosan, tidak berminat, tidak bersemangat telah memberi kesan terhadap pencapaian akademik mereka. Kurangnya pengetahuan atau maklumat, taraf hidup keluarga yang rendah juga mempengaruhi sikap ibu bapa kurang memberi dorongan belajar terhadap anak. Tindakan guru yang sangat mementingkan hasil keputusan peperiksaan, mendenda terhadap murid lemah dalam pelajaran sangat besar pengaruhnya terhadap pencapaian murid. Hasil kajian ini juga didapati keadaan kemudahan pelajaran yang kurang atau uzur, peralatan pelajaran yang rosak tidak diperbaiki juga sangat mempengruhi hasil keputusan peperiksaan. Kemudahan guru di sekolah juga sangat memberi kesan langsung terhadap pencapaian akademik. Didapati masalah kekurangan khidmat guru mengikut opsyen mata pelajaran kritikal seperti mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik tetap berlaku di Daerah Tenom Sabah.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:rural student, quality education, academic achievement, environment, educational facilities, attitude
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions:SCHOOL > School of Social Sciences
ID Code:9395
Deposited By:IR Admin
Deposited On:23 Jul 2014 14:39
Last Modified:23 Jul 2014 14:39

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository