Gaya pembelajaran dan penguasaan kemahiran proses sains pelajar aliran Sains daerah Tawau

Mohd Nizam Haji Ijom, (2006) Gaya pembelajaran dan penguasaan kemahiran proses sains pelajar aliran Sains daerah Tawau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan yang pertamanya untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar sains tulen tingkatan empat; kedua untuk mentaksir tahap pemerolehan kemahiran proses sains; dan yang ketiga untuk mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran dan tahap pemerolehan kemahiran proses sains mereka. Sampel kajian terdiri daripada 54 orang pelajar lelaki dan 107 pelajar perempuan dari enam buah sekolah menengah Daerah Tawau, Sabah. Dua jenis instrumen digunakan untuk mengumpul data. Soal Selidik Gaya Pembelajaran digunakan untuk mengenalpasti enam gaya pembelajaran pelajar iaitu gaya pembelajaran visual, auditori, kecekatan tangan, kinestetik, bersendirian dan gaya pembelajaran berkumpulan. Nilai cronbach alpha kajian rintis adalah 0.7751. Tahap pemerolehan kemahiran proses sains pelajar ditentukan dengan menggunakan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu II (TISPS II). TISPS II mengukur lima jenis kemahiran proses sains, iaitu membina hipotesis, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, mereka bentuk eksperimen dan menginterpretasi data. Analisa data untuk soal selidik dibuat dengan menggunakan perisian "The Statistical Package for Social Science (SPSS)" Versi 11.5. Analisis dilakukan dengan kaedah dikriptif. ujian-t. ANOVA sehala dan ujian regresi berganda pada aras p<0.05. Dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran yang sering digunakan oleh pelajar mengikut turutan didahului dengan gaya pembelajaran kinestetik, auditori, berkumpulan, kecekatan tangan, gaya pembelajaran visual dan bersendirian. Secara keseluruhan, pencapaian pelajar sains tulen Tingkatan IV dalam Ujian Kemahiran Proses Sains 8ersepadu II, TIPS II adalah melebihi tahap sederhana. Kemudahan tahap pemerolehan kemahiran individu proses sains didahului dengan mengawal pembolehubah, menginterpretasi data, mereka bentuk eksperimen, membina hipotesis dan mendefinisi secara operasi. Seramai 4.3% pelajar berjaya menguasai kelima-lima jenis kemahiran individu proses sains, manakala 8.7% pelajar gagal menguasai sebarang kemahiran individu proses sains. 87% daripada sampel kajian menguasai sekurang-kurangnya satu hingga empat jenis kemahiran individu proses sains. Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan. Manakala analisis varian ANOVA sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi jantina terhadap min skor TISPS II.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:learning style, science stream student, Test of Integrated Science Process Skills, acquisition
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:9423
Deposited By:IR Admin
Deposited On:13 Aug 2014 10:05
Last Modified:13 Aug 2014 10:05

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository