Pengaruh guna tanah terhadap kepekatan jumlah pepejal terampai (TSS) dan kandungan permintaan oksigen biokimia (BOD) di Sungai Likas, Sabah

Syazana Khalid, (2010) Pengaruh guna tanah terhadap kepekatan jumlah pepejal terampai (TSS) dan kandungan permintaan oksigen biokimia (BOD) di Sungai Likas, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Pembangunan guna tanah yang giat berlaku di kawasan tadahan Sungai Likas dilihat sebagai satu aspek yang mempengaruhi penurunan kualiti air. Objektif kajian ini ialah mengkaji trend tahunan (1999 - 2009) kepekatan Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan kandungan Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) di Sungai Likas. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk mengkaji potensi pengaruh guna tanah di kawasan tadahan Sg. Likas terhadap kualiti air dari segi TSS dan BOD. Data - data sekunder bagl parameter TSS dan BOD diperolehi daripada set data kajian lepas dari tahun 1999 hingga 2009, mana kala peta jenis guna tanah dihasilkan dengan menggunakan perisian ArcGis 9.2. Hasil analisis statistik daripada microsoft excel, menunjukkan trend tahunan bagi kepekatan TSS dan kandungan BOD adalah berubah - ubah. Analisis hubungan pengaruh guna tanah ke atas TSS dan BOD diplotkan dalam graf korelasi. Keputusan menunjukkan pengaruh perubahan guna tanah dalam tempoh 10 tahun ke atas kepekatan TSS dan kandungan BOD adalah tidak signifikan. dapat dilihat bahawa perubahan guna tanah selama sepuluh tahun di kawasan tadahan Sg. Likas tidak berpotensi mempengaruhi nilai TSS dan BOD. Walau bagaimanapun, kajian ini mencadangkan terdapatnya faktor penyumbang seperti hujan dan hakisan semulajadi serta faktor pembuangan kumbahan domestik, industri dan pertanian yang tidak diproses ke dalam sungai.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:water quality, total suspended solid (TSS), biochemical oxygen demand (BOD), development process
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:9471
Deposited By:IR Admin
Deposited On:18 Aug 2014 15:29
Last Modified:18 Aug 2014 15:29

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository