Geologi am dan geologi struktur kawasan Kunak, Sabah

Abdullah Syamsul, (2007) Geologi am dan geologi struktur kawasan Kunak, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000251.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di kawasan Pantai Timur Sabah di antara latitud 04° 37' U hingga 04° 45'U dan longitud 118° 08' T hingga 118° 20' T dengan keluasan kira-kira 180km². Kawasan kajian terdiri dari batuan sedimen dan batuan igneus intrusif serta ekstrusif. Unit stratigrafi yang terdapat di kawasan kajian terdiri dari tujuh unit batuan yang berusia Kapur hingga Kuaternari. Kawasan kajian telah mengalami dua tren episod canggaan, tren canggaan pertama berarah barat laut-tenggara manakala tren canggaan kedua didapati berorientasi barat daya-timur laut. Mampatan yang berorientasi dari arah barat laut-tenggara merupakan tren canggaan utama yang membentuk corak topografi, saliran dan juga struktur-struktur geologi lain seperti kekar dan sesar di kawasan kajian. Daya-daya yang bertindak di kawasan kajian mungkin terbentuk akibat deformasi daratan Sabah semasa Eosen hingga Miosen Awal yang disebabkan oleh aktiviti pembukaan lembangan Laut Sulawesi semasa Eosen dan pemuaian Kerak laut Sulu ketika Miosen Awal.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Structure geology, Coastal area, Sedimentary rocks, Kunak area, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 07:16
Last Modified: 12 Oct 2017 07:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/959

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository