Kesan pembebanan serbuk sekam padi terhadap sifat pematangan, sifat mekanik dan kelakuan penggembungan di dalam sebatian getah asli

Muliyadi Guliling, (2007) Kesan pembebanan serbuk sekam padi terhadap sifat pematangan, sifat mekanik dan kelakuan penggembungan di dalam sebatian getah asli. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
11Mb

Abstract

Serbuk sekam padi (RHP) yang dlperolehi daripada proses pengisaran padi telah digunakan sebagai pengisi di dalam penyebatian getah asli (NR). Kesan pembebanan RHP terhadap sifat pematangan, sifat mekanik dan kelakuan penggembungan sebatian NR telah dikaji menggunakan sistem pemvulkanan sulfur separa cekap (semi-EV). Bebanan RHP adalah dalam lingkungan 0 hingga 50 bahagian per seratus getah (bsg). Keputusan menunjukkan, masa pematangan, t₉₀ dan masa skorj, t₂ vulkanizat NR menurun dengan peningkatan bebanan RHP manakala tork maksimum dan perbezaan tork (MH-MJ menunjukkan trend meningkat. Sifat kekuatan tensil meningkat sehingga bebanan 20 bsg dan mula merosot pada pernbebanan pengisi yang lebih tinggi. Modulus tensil dan kekerasan meningkat dengan peningkatan bebanan RHP sedangkan pemanjangan pada takat putus dan kebingkasan menurun. Penambahan bebanan RHP juga memberikan vulkanizat NR rintangan terhadap penggembungan di dalam toluena yang lebih baik tetapi kelakuan penggembungan terhadap air menunjukkan pola keputusan sebaliknya. Kesimpulannya, RHP boleh digunakan sebagal pengisi dl dalam sebatian NR di mana peningkatan sifat mekanik adalah tidak kritikal.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Rice husk powder (RHP), milling of rice, natural robber (NR) compounds, swelling behavior
Subjects:Q Science > QK Botany
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:9603
Deposited By:IR Admin
Deposited On:01 Oct 2014 11:02
Last Modified:01 Oct 2014 11:02

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository