Kesan pengambilan ais krim pegaga terhadap peningkatan prestasi memori dalam kalangan pelajar

Atikah zakaria, (2013) Kesan pengambilan ais krim pegaga terhadap peningkatan prestasi memori dalam kalangan pelajar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
10Mb

Abstract

Hubungan antara pengambilan ais krim pegaga terhadap prestasi memori dalam kalangan pelajar dikaji. Kajian dilakukan antara dua kumpulan yang dibahagi secara rawak iaitu kumpulan responden yang diberi makan ais krim pegaga dan kumpulan yang diberi makan ais krim berperisa asli yang bertindak sebagai kumpulan plasebo. Rawatan yang diberikan kepada responden daripada kedua-dua kumpulan ini adalah dengan memberi mereka makan ais krim mengikut kumpulan yang ditetapkan sebanyak 63 9 per hidangan dengan kekerapan dua kali seminggu iaitu pada setiap hari Isnin dan Khamis selama enam minggu. Bagi ais krim pegaga, setiap hidangan 63 9 terkandung 252 mg ekstrak daun herba pegaga. Tahap prestasi perkembangan memori diukur dengan memberi mereka menjawab ujian memori iaitu Ujian Memori Spatial, Ujian Ralat Posisi dan Ujian Memori Sternberg. Ujian-ujian ini diberikan kepada mereka sebelum rawatan bennula iaitu pada minggu sebelum mereka diberi makan ais krim untuk pertama kali, sekali pada setiap enam minggu rawatan diberi dan sekali pada minggu selepas rawatan diberi. Penilaian penerimaan pengguna terhadap ais krim pegaga pula dibuat rnelalui Ujian Penerimaan Pengguna. Melalui ujian ini, didapati lebih ramai yang menyukai dan dapat menerima ais krim pegaga berbanding yang tidak dapat menerima ais krim pegaga. Hasil dapatan daripada markah ujian memori pula dianalisa dengan menggunakan perbandingan nilai min ANOVA satu-hala dan ujian-T. Berdasarkan hasil dapatan daripada ujian-ujian memori ini, didapati terdapat peningkatan secara signifikan dalam nilai min markah bagi Ujian Memori Spatial dan Ujian Ralat Posisi terhadap kedua-dua kumpulan responden selama enam minggu tempoh rawatan diberikan. Tiada nilai min markah yang meningkat secara signiftkan menerusi Ujian Memori Sternberg. Daripada kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan ais krim pegaga dapat memberi kesan terhadap prestasi memori hanya melalui Ujian Memori Spatial dan Ujian Ralat Posisi sahaja.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:pennywort extract(Centella asiatica) ice cream, memory performance, treatment, memory test
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9616
Deposited By:IR Admin
Deposited On:30 Sep 2014 14:09
Last Modified:30 Sep 2014 14:09

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository