Pengambilan alkohol dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Shatesh Kumar Chandrahasan, (2013) Pengambilan alkohol dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
9Mb

Abstract

Satu kajian mengenai pengambilan alkohol dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) kampus induk telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui pola, kadar, risiko dan pengetahuan mengenai pengambilan alkohol dalam kalangan pelajar UMS. Seramai 441 responden yang melibatkan prasiswazah UMS telah dipilih melalui persampelan rawak untuk kajian ini. Senarai kuliah dengan pelajar 60 orang dan keatas didapatkan daripada Bahagian Perkhidmatan Akademik (SPA). Kemudian nama pelajar dalam kuliah tersebut didapatkan daripada pensyarah kuliah dan persampelan secara rawak dilakukan untuk memilih pelajar. Satu senarai nombor matrik pelajar dan borang soal selidik diedarkan kepada pelajar setelah kuliah tamat. Pelajar yang mendapati nombor matrik mereka tersenarai perlu mengambil borang soal seIidik dan menjawapnya. Setelah tamat menjawab borang soalseIidik tersebut perlu dimasukan dalam kotak yang disediakan bagi menjaga kesulitan data. Keputusan kajian menunjukan 121 pelajar UMS mengambil alkohol daripada 441 responden. Pola (n=53, 35.3%), kadar (p <0.001, Ujian Mann-Whitney)dan risiko pengambilan alkohol (p <0.001, Ujian Mann-Whitney) dalam kalangan pelajar lelaki lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Pola pengambilan alkohol dalam kalangan pelajar Cina (n=67, 61.5%) lebih tinggi tetapi kadar (p=0.04, Ujian Kruskal-Wallis)dan risiko (p=0.11, Ujian Chi Square Ukelihood Ratio)pengambilan alkohol lebih tinggi dalam pelajar India. Tiada perbezaan antara pola (p=0.267, Pearson Chi Square test) dan kadar pengambilan alkohol (p=0.568, Mann-Whitney test) dalam kalangan pelajar berasal daripada Semenanjung Malaysia dengan pelajar Sabah dan Sarawak tetapi risiko pengambilan alkohol dalam kalangan pelajar Sabah dan Sarawak lebih tinggi (p=0.03, Ujian Khi Kuasa Dua Likelihood Ratio). Pengetahuan mengenai alkohol tidak mendalam dalam kalangan pelajar UMS. Perbandingan antara pengambilan alkohol dalam kalangan pelajar UMS dengan pelajar universiti lain yang keebanyakannya pelajar universiti luar negara menunjukan pola, kadar dan risiko pengambilan alkohol dalam kalangan pelajar UMS lebih rendah daripada pelajar universiti luar negara. Perbandingan pengambilan alkohol dalam kalangan pelajar UMS dengan rakyat Malaysia menunjukan trend yang sama.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:university student, alcohol consumption, health risk
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9644
Deposited By:IR Admin
Deposited On:29 Sep 2014 11:44
Last Modified:29 Sep 2014 11:44

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository