Geologi am dan geologi struktur di kawasan Selatan Tuaran

Norfazihah Hamadun, (2007) Geologi am dan geologi struktur di kawasan Selatan Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000253.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan Selatan Tuaran mempunyai keluasan 48km³, kira-kira 50 km dari Kota Kinabalu. Kawasan kajian ini terletak pada garis lintang dari 6° 8' U hingga 6° 11' U dan garis bujur dari 116° 11 'T hingga 116° 16'T. Ia terdiri daripada endapan Formasi Crocker dan aluvium Kuatemer. Jujukan batuan Formasi Crocker terbahagi kepada empat unit litologi iaitu, unit batu pasir tebal, unit selang lapis antara batu pasir dengan syal, unit syal merah dan unit syal kelabu. Hasil analisis petrologi pula menyatakan batu pasir Formasi Crocker terdiri daripada mineral kuarza, feldspar, serpihan batuan serta matriks dan ia dikelaskan sebagai greiwak kuarza. Batu pasir di kawasan kajian dikatakan matang dari segi tekstur dan tidak matang dari segi kimia di mana kandungan matriks yang tinggi melebihi 15%, kandungan kuarza yang tinggi dan komposisi feldspar yang rendah kurang daripada 25%. Berdasarkan kajian geologi struktur terdapat dua daya canggaan yang bertindak ke atas kawasan kajian iaitu, pada arab barat laut - tenggara dan timur laut - barat daya. Tindakan kedua-dua daya canggaan ini menyebabkan pembentukan struktur-struktur geologi di kawasan kajian seperti lineamen, lapisan, lipatan, sesar dan kekar. Kedua-dua daya mampatan utama yang bertindak ke atas Formasi Crocker ini berlaku pada Miosen Awal hingga Miosen Tengah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Structure geology, Tuaran
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 06:53
Last Modified: 12 Oct 2017 07:49
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/967

Actions (login required)

View Item View Item