Geologi am dan geometri lipatan formasi Crocker UMS-Mengkabong

Mohd Elzrey Ab. Rahman, (2006) Geologi am dan geometri lipatan formasi Crocker UMS-Mengkabong. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000252.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sepanjang jalan UMS - Mengkabong dengan keluasan lebih kurang 130 kilometer persegi. Ia dilingkungi oleh garis longitud 06°03'U hingga 06°09'U dan garis latitud 116°08'T hingga 116°11 'T. Kawasan ini terdirl daripada Formasi Crocker dan endapan Kuaterner. Formasi Crocker elianggarkan berusia Eosen hingga Miosen awal. Formasi Crocker di kawasan kajian terbahagi kepada 4 unit litologi iaitu unit batu pasir yang terbahagi kepada subunit batu pasir tebal dan subunit batu pasir nipis, unit selang lapis batu pasir - syal, unit syal kelabu dan unit syal merah. Struktur sedimen yang boleh dicerap di lapangan adalah seperti kesan beban, kesan flut dan laminasi selari. Struktur tektonik diwakili oleh beberapa sirl perlipatan (lipatan condong, lipatan selari, lipatan simetri, lipatan tertutup dan lipatan seretan), sesar (sungkup dan nonnal) dan kekar (tensi, ekstensi dan ricih). Berdasarkan kepada orientasi geometri lipatan, sesar dan struktur tektonik lain, maka dapat disimpulkan bahawa arah tegasan utama bertrend Tenggara - Barat Laut, daya ini bertanggungjawab membentuk geometri struktur di kawasan kajian. Manakala daya tegangan pula bertrend Timur Laut - Barat Daya, daya ini adalah kesan daripada daya tegasan yang berlaku. Kajian mengenai geologi kejuruteraan disarankan kerana kawasan kajian mengalami pembangunan yang pesat.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Crocker formation, Mengkabong, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 07:03
Last Modified: 12 Oct 2017 07:50
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/969

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository