Kesan kaedah pengekstrakan terhadap ciri-ciri kanji biji bambangan (Mangifera Pajang)

Chang, Sook Poh (2013) Kesan kaedah pengekstrakan terhadap ciri-ciri kanji biji bambangan (Mangifera Pajang). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002325.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Satu penilaian ke atas sifat fizikokimia kanji biji bambangan (Mangifera pajang) yang diekstrak dengan lima kaedah yang berlainan, iaitu air, NaOH (0.15 dan 0.30%) serta Na2S20S (0.5 dan 1.0%) telah dilaksanakan. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati kaedah pengekstrakan member; kesan kepada kebanyakan sifat yang dikaji. Kanji yang diekstrak dengan 0.30% NaOH menyumbangkan kepada peratus perolehan yang tertinggi serta menghasilkan kanji yang paling tulen (p<0.05). Pengekstrakan Naâ‚‚Sâ‚‚Oâ‚… menghasilkan kanji yang putih kerana ia bertindak sebagai agen anti-pemerangan. Memandangkan kanji biji bambangan yang dikaji berasal dari sumber batani yang sama, maka ia memiliki morfologl granul dan kandungan amilosa yang sama (p>0.05). Pengekstrakan dengan 0.15% dan 0.30% NaOH berupaya membengkak kepada had yang lebih tinggi (p<0.05) kerana pra-penggelatinan berlaku semasa pengekstrakan. Oleh itu, kelikatan puncak, kelikatan kemerosotan serta kelikatan akhir yang lebih tinggi diperhatikan (p<0.05) selaras dengan penemuan dalam ujian reologi. Tambahan, didapati pengekstrakan dengan 0.5% Na2S20S menghasilkan kanji yang mempunyai rintangan yang tinggi terhadap peridhan mengakibatkan suhu pempesan yang tinggi (p<0.05) dan seterusnya mencerminkan suhu penggelatinan yang tinggi (p<0.05) akibat kestabilan struktur yang baik. Di samping itu, pengekstrakan dengan 0.30% NaOH mencatatkan kekeruhan yang paling rendah (p<0.05) akibat kuasa pembengkakan granul yang tinggi. Kanji yang diekstrak dengan 0.5% Naâ‚‚Sâ‚‚Oâ‚… pula mencatatkan kekeruhan yang paling tinggi kerana pembentukan kompleks amilosa-lipid. Kanji yang diekstrak dengan 0.30% NaOH menunjukkan peratus sineresis yang tertinggi (p<0.05) akibat ketidakstabilan granul kanji yang telah membengkak sepanjang kitaran beku-nyahbeku.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: physicochemical properties, bambangan, extraction method, granule
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 08 Oct 2014 07:30
Last Modified: 13 Oct 2017 06:22
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9690

Actions (login required)

View Item View Item