Penghasilan minuman yogurt buah kanistel

Josy Anak Jangar, (2013) Penghasilan minuman yogurt buah kanistel. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002327.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk baru minuman yogurt buah kanistel. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan formulasi terbaik melalui ujian penilaian sensori. Ujian proksimat, kajian mutu penyimpanan dan ujian pengguna dijalankan ke atas formulasi yang terbaik. Formulasi F7 telah dipilih sebagai formulasi terbaik menerusi dua peringkat ujian sensori iaitu ujian pemeringkatan dan ujian hedonik. Formulasi F7 mengandungi 40% yogurt asas, 5% buah kanistel, 10% gula dan 45% air. Dalam kajian mutu penyimpanan didapati nilai pH menurun, keasidan akan meningkat. Sinerisis dan jumlah pepejal terlarut adalah tiada perubahan sepanjang tempoh. Viskositi produk ini adalah semakin menurun sepanjang tempoh penyimpanan. Pada minggu keempat nilai pH adalah 4.10±0.02, keasidan 1.18±0.01, jumlah sinensis 62.5 ± 0 % dan jumlah pepejal terlarut adalah 1S±0 %. Minuman yogurt buah kanistel didapati selamat diminum selama 14 hari penyimpanan di mana jumlah pengiraan plat bagi bakteria adalah 3.8 x 103 CFU/ml, jumlah pengiraan yis dan kulat adalah kosong dan jumlah pengiraan asid laktik bakteria adalah 1.8x106 CFU/ml. Bagi ujian pengguna 84% menunjukkan berminat untuk membeli produk ini jika dipasarkan. Peratus yang tinggi dalam kalangan menunjukkan minat membeli ini cukup menggambarkan bahawa minuman yogurt buah kanistel berpotensi untuk dipasarkan dalam peringkat yang lebih tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: yogurt drink, canistel, formulation, storage period
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 08 Oct 2014 07:29
Last Modified: 13 Oct 2017 06:23
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9692

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository