Persepsi dan penerimaan terhadap makanan tradisional Kadazandusun di kalangan penduduk yang menetap di sekitar Kota Kinabalu, Sabah

Tey , Shao Yie (2013) Persepsi dan penerimaan terhadap makanan tradisional Kadazandusun di kalangan penduduk yang menetap di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
12Mb

Abstract

Objektif kajian adalah untuk menentukan perhubungan antara faktor sosio-demografi di kalangan penduduk Kota Kinabalu terhadap pengetahuan dan pengalaman makanan tradisional Kadazandusun. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah 'face-to-face interview'di sekitar Kota Kinabalu. Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan ujian khi kuasa dua serta frekuensi dan peratusan. Sebanyak 10 jenis makanan tradisional Kadazandusun yang terpilih dihasilkan oleh pengusaha makanan. Ini termasuk noonsom bambangan, noonsom tuhau, sayur lemiding, pinaasakan ikan, sup manuk lihing, nanggiu, hinava sayur peria, hinava ikan, hinava bawang bukit serta hinava timun kampung. Pengetahuan dan pengalaman memakan makanan tradisional Kadazandusun di kalangan penduduk Kota Kinabalu didapati mempunyai hubungan yang signifikan (p≤0.05) dengan bangsa dan agama. Namun, didapati tiada hubungan yang signifikan (p>0.05) antara faktor sosio-demografi lain seperti jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, dan pekerjaan dengan pengetahuan dan pengalaman penduduk Kota Kinabalu terhadap makanan tradisional Kadazandusun. Kajian ini menunjukkan bambangan merupakan makanan yang paling dikenali oleh ramai responden (87.0%) dan sebanyak 76.7% responden pernah memakannya. Kebanyakan responden (63.3%) sudi mencuba makanan tradisional Kadazandusun. Didapati 95.7% daripada responden yang tidak sudi mencuba, bimbang makanan tersebut tidak halal. Ramai responden (67.0%) berpendapat makanan tradisional ini hanya diketahui di kalangan etnik Kadazandusun sahaja kerana kekurangan usaha dalam mempromosikan makanan tempatan, manakala 52.7% responden berpendapat bahawa makanan ini mempunyai rasa yang kurang boleh diterima oleh masyarakat lain. Majoriti responden (69.3%) berpendapat kebersihan dan keselamatan makanan penting dalam pemilihan makanan tradisional. Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan kebanyakan penduduk Kota Kinabalu mengenali makanan tradisional Kadazandusun, tetapi didapati hanya etnik Kadazandusun yang boleh menerima makanan ini.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Kadazandusun, traditional food, face-to-face interview, perception, acceptance
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9699
Deposited By:IR Admin
Deposited On:28 Oct 2014 14:51
Last Modified:28 Oct 2014 14:51

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository