Pembangunan perencah mi segera campuran rumpai laut (Caulerpa lentillifera) dan labu manis (Cucurbita moschata)

Chung , Wan Jie (2013) Pembangunan perencah mi segera campuran rumpai laut (Caulerpa lentillifera) dan labu manis (Cucurbita moschata). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
15Mb

Abstract

Rumpai laut dan labu manis merupakan ramuan yang sesuai digunakan dalam pembangunan produk makanan berfungsi kerana kaya dengan pelbagai nutrien makanan. Namun demikian, penggunaan rumpai laut jenis caulerpa lentillifera dan labu manis Cucurbita moschata sebagai ramuan dalam produk makanan masih kurang didapati di pasaran. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan perencah mi segera campuran rumpai laut Caulerpa lentillifera dan Cucurbita moschata. Daripada 9 formulasi yang telah dibangunkan, keputusan ujian pemeringkatan BIB dan skala hedonik menunjukkan F3 merupakan formulasi terbaik. Sampel F3 dengan 5% rumpai laut Caulerpa lentillifera dan 20% labu manis Cucurbita moschata mencatat min skor yang tertinggi untuk atribut warna, aroma, kelikatan, perisa dan penerimaan keseluruhan. Hasil analisis proksimat menunjukkan F3 mengandungi 5.61±0.03% lembapan, 22.43±0.54% abu, 23.39±0.92% protein, 0.78±0.07% lemak kasar dan kandungan tenaga 26.7 kcal/hidangan. Analisis mineral menunjukkan kandungan kalsium, ferum dan zink yang lebih tinggi daripada produk rujukan. Ujian mutu simpanan telah dijalankan selama 8 minggu pada suhu 25±2⁰C dan keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) dalam kandungan lembapan dan aktiviti air antara sampel yang disimpan dan yang segar. Keputusan ujian mikrobiologi menunjukkan bilangan kolonl bakteria, yis dan kulat masih berada dalam lingkungan selamat iaitu 25-250. Ujian perbandingan sensori berganda menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) bagi atribut warna, kefikatan, aroma, perisa dan penerimaan keseluruhan sepanjang tempoh penyimpanan. Ujian pengguna menunjukkan 44% pengguna akan membeli produk ini, 18% tidak akan membeli produk ini dan 38% mungkin akan membeli produk ini. Secara kesimpulan, produk yang dibangunkan mengandungi protein, serabut diet dan mineral yang lebih tinggi berbanding produk rujukan, sesuai untuk disimpan selama dua bulan dan adalah sederhana disukai oleh ahli panel.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:seaweed, pumpkin, instant noodle, seasoning mix, functional food
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9770
Deposited By:IR Admin
Deposited On:27 Oct 2014 13:05
Last Modified:11 Nov 2014 16:30

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository