Pengetahuan, sikap dan amalan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang beragama Islam mengenai makanan halal

Raja Ili Maryam Raja Mudzafar Shah, (2013) Pengetahuan, sikap dan amalan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang beragama Islam mengenai makanan halal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
9Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan kakitangan Universiti Malaysia Sabah mengenai makanan halal. Seramai 310 orang responden yang terdiri daripada 96 orang kakitangan akademik dan 214 orang kakitangan bukan akademik telah dipilih secara rawak dengan kaedah persampelan stratifikasi mengikut pembahagian. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang telah disediakan. Menggunakan analisis deskriptif, tahap pengetahuan kakitangan UMS mengenai konsep makanan halal dapat diketahui. Daripada 31 soalan yang dikemukakan di dalam Bahagian A mengenai pengetahuan responden mengenai makanan halal, pembahagian telah dilakukan kepada tiga peringkat di mana responden yang mendapat skor antara 1 hingga 15 mempunyai tahap pengetahuan rendah, skor 16 hingga 25 berpengetahuan sederhana dan skor 26 hingga 31 berpengetahuan tinggi. Sebanyak 39.7% responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, 59% mempunyai tahap pengetahuan sederhana dan 1.3% responden mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Seterusnya, ujian khi kuasa dua menunjukkan bahawa tahap pendidikan dan jantina mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pengetahuan responden (p<0.05). Ujian data dengan korelasi Pearson mengesahkan terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap responden dengan amalan mereka terhadap pemilihan makanan halal (r=0,48, k<0.05). Secara keseluruhannya, majoriti responden mengakui bahawa produk makanan berstatus halal adalah lebih selamat untuk dimakan (min=4.63). Lebih banyak pendedahan kepada kakitangan UMS tentang konsep makanan halal dan penggunaan logo halal Malaysia yang betul adalah digalakkan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya konsep halal dalam kehidupan seharian umat Islam khususnya.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:level of knowledge, attitude, Muslim staff, halal food, awareness
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9784
Deposited By:IR Admin
Deposited On:27 Oct 2014 13:02
Last Modified:27 Oct 2014 13:02

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository