Tahap kepuasan golongan dewasa muda terhadap pengalaman menjamu selera di restoran kasual sekitar Kota Kinabalu

Siti Nur Fajrina Rusman, (2013) Tahap kepuasan golongan dewasa muda terhadap pengalaman menjamu selera di restoran kasual sekitar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
10Mb

Abstract

Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan golongan dewasa muda semasa menjamu selera di restoran kasual. Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Sepuluh buah restoran kasual dan seramai 375 responden, iaitu golongan dewasa muda (18 tahun hingga 33 tahun) terlibat dalam kajian ini. Keputusan diperolehi menunjukkan bahawa kualiti makanan di restoran kasual sekitar Kota Kinabalu adalah mencapai tahap kepuasan pelanggan dengan min 4.07±0.46. Manakala bagi kualiti perkhidmatan dan suasana restoran pula hanya mempunyai min 3.71±0.56 dan 3.97±0.52 secara masing-masing, menandakan restoran kasual di Kota Kinabalu masih tidak mencapai tahap kepuasan pelanggan dalam dua aspek ini. Kajian juga mendapati wujudnya hubungan signifikan di antara kualiti makanan, kualiti perkhidmatan dan suasana restoran dalam mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:satisfaction level, young adult, casual restaurant, dining experience, food quality, service quality, customer satisfaction
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9785
Deposited By:IR Admin
Deposited On:24 Oct 2014 14:46
Last Modified:24 Oct 2014 14:46

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository