Pembangunan teh herba campuran rumpai laut (Kappaphycus Alvarezii), mahkota dewa (Phaleria Macrocarpa) dan serai (Cymbopogon Citratus)

Cheng , Yueh Fang (2013) Pembangunan teh herba campuran rumpai laut (Kappaphycus Alvarezii), mahkota dewa (Phaleria Macrocarpa) dan serai (Cymbopogon Citratus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
14Mb

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan teh herba dengan bahan tempatan iaitu rumpai laut merah (Kappaphycus alvarezii), mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) dan serai (Cymbopogon citratus). Teh herba dihasilkan dengan mencampurkan ketigatiga jenis bahan ini yang telah dikeringkan pada suhu 40°C. Formulasi yang terbaik telah dipilih daripada sembilan formulasi yang dibentuk melalui ujian pemeringkatan BIB dan ujian hedonik. FS yang mengandungi 30% K. alvarezii, 35% P. macrocarpa dan 35% C citratus telah dipilih sebagai formulasi terbaik dengan mengambil kira nilai min dan kos pengeluaran. Analisis antioksida menunjukkan bahawa teh herba mengandungi 14.69 ± 0.30 mg GAE/g kandungan polifenol, 1.41 ± 0.06 mg CE/g kandungan flavonoid, 49.54 ± 0.46% perencatan radikal (DPPH) dan 1055.86 ± 457.40 mg FE/g kuasa penurunan ferik (FRAP). Analisis fizikokimia menunjukkan bahawa teh herba mengandungi kandungan natrium dan kalsium yang tinggi iaitu sebanyak 5.84 ± 0.01 mg/l00 ml dan 2.58 ± 0.01 mg/100 ml. Teh herba juga mengandungi kalium, ferum, zink, magnesium dan kuprum dalam kuantiti 0. 15 ± 0.00, 0.01 ± 0.00, 0.01 ± 0.00, 0.09 ± 0.00 dan 2 x 10-4 mg/l00 ml masing-masing. Ujian aktiviti air menunjukkan bahawa teh herba tidak mempunyai perbezaan yang signifikan (p>0.05) dari segi aktiviti air sepanjang lapan minggu kajian mutu simpanan. Selepas lapan minggu tempoh penyimpanan, ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa teh herba yang dihasilkan adalah selamat untuk diminum. Ujian perbandingan berganda tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05) bagi semua atribut yang dikaji selepas lapan minggu. Ujian pengguna menunjukkan penerimaan yang agak baik kerana 72% responden sanggup membeli produk ini jika ia dipasarkan. Kesimpulannya, teh herba ini mempunyai potensi pemasaran.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:herbal tea, red seaweed, mahkota dewa, lemongrass, formulation, antioxidant test
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9795
Deposited By:IR Admin
Deposited On:27 Oct 2014 13:02
Last Modified:27 Oct 2014 13:02

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository