Snek ikan daripada ikan bernilai rendah

Chong , Sheue Bi (2013) Snek ikan daripada ikan bernilai rendah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
14Mb

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan snek ikan daripada serbuk ikan bernilai rendah, mengkaji sifat-sifat fizikal dan analisis proksimat snek ikan serta mengkaji mutu penyimpanan serbuk ikan yang disimpan pada 4°C dan 24°C serta snek ikan yang disimpan di dalam Polietilena (PE) dan Polietilenaterephthalate (PET). Jenis ikan yang digunakan ialah ikan kerisi (Nemiprerus japonicas), ikan ubi (Saurida tumbilj dan ikan biji-nangka (Parupeneus chrysonemus). Serbuk ikan dihasilkan dengan pengeringan isi ikan pada 60°C selama 12jam. Snek ikan dihasilkan dengan pencampuran serbuk ikan, tepung gandum dan bahan-bahan mentah yang lain untuk menjadi doh. Doh tersebut dipotong kepingan dan digoreng pada 170°C selama 1 minit Kadar perolehan serbuk ikan ubi adalah tertinggi manakala kandungan proteinnya adalah melebihi 75%. Daripada ujian pemeringkatan, sampel F1 F2, F4 dan F5 telah dipilih untuk menjalankan ujian hedonik. Sampel F5 yang mengandungi 15% serbuk ikan Saurida tumbil telah dipilih sebagai formulasi terbaik. Kekerasan, nisbah pengembangan, kadar penyerapan minyak, aktiviti air serta warna l*, a* dan b* untuk sampel F5 ialah 1.22 ± 0.12N, 1.10 ± 0.11, 25.08 ± 1.01%, 0.28 ± 0.03, 11.54 ± 0.25, 11.76 ± 0.03 dan 15.24 ± 0.62. Sampel F5 mengandungi 0.86 ± 0.00% lembapan, 21.62 ± 2.52% protein, 37.63 ± 0.38% Iemak, 0.14 ± 0.01% sera but kasar, 2.49± 0.05% abu dan 38.61± 0.29% karbohidrat. Hayat penyimpanan untuk serbuk ikan dan snek ikan adalah melebihi lapan minggu. Suhu yang sesuai untuk menyimpan serbuk ikan ialah 4°C manakala bahan pembungkus yang sesuai untuk menyimpan snek ikan ialah PET. Secara kesimpulannya, snek ikan yang berprotein tinggi dan kandungan lemak yang lebih rendah telah berjaya dihasilkan daripada serbuk ikan ubi. Snek ikan ini sesuai disimpan di dalam bahan pembungkus PET dan hayat penyimpanan adalah melebihi lapan minggu.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:fish snack, fish powder, storage period, polyethylene (PE), Polyethylene terephthalate (PET), protein, lizard fish flour
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9799
Deposited By:IR Admin
Deposited On:27 Oct 2014 13:00
Last Modified:27 Oct 2014 13:00

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository