Kesan enkapsulasi alginat dan kappa karaginan terhadap kemandirian Lactobacillus acidophilus

Chong , Chun Hang (2013) Kesan enkapsulasi alginat dan kappa karaginan terhadap kemandirian Lactobacillus acidophilus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
12Mb

Abstract

Kajian kesan enkapsulasi dan kehadiran prebiotik terhadap kemandirian Lactobacillus acidophilus di mana enkapsulasi hidrokoloid alginat, kappa karaginan serta susu skim dibancuh semula dijalankan. Kemandirian sampel-sampel selepas pengeringan beku, perendaman ke dalam larutan jus gastrik simulasi dan jus usus simulasi ditentukan. Larutan alginat dan kappa karaginan berkepekatan 2.0 % w/v dan 1.6 % w/V digunakan dalam enkapsulasi. Oligofruktosa digunakan sebagai prebiotik dan ditambah ke dalam larutan hidrokoloid dengan kepekatan 2.0 % w/V. Susu skim dibancuh semula 12 % w/v digunakan sebagai agen enkapsulasi dan pelindung krio. Kajian menunjukkan sampel terenkapsulasi mempunyai kemandirian yang lebih tinggi berbanding dengan sampel kawalan (sel bebas yang diampai di dalam larutan saline) (p<0.05). Sampel terenkapsulasi susu skim dibancuh semula memberikan perlindungan yang paling baik kepada Lactobacillus acidophilus (pengurangan 0.20 ± 0.00 log CFU/mL) selepas pengeringan beku dan perendaman di dalam jus gastrik simulasi (pengurangan 0.26 ± 0.08 log CFU/mL). Bagi kajian kerentanan sam pel terhadap jus usus simulasi pula, hanya sampel terenkapsulasi alginat dengan oligofruktosa mempunyai perbezaan yang signifikan dalam pengurangan kemandirian (p<0.05) berbanding sampel kawalan. Kehadiran oligofruktosa dalam sampel terenkapsulasi alginat mengurangkan pengurangan kemandirian Lactobacillus acidophilus dalam analisis jus gastrik simulasi dan jus usus simulasi sementara kehadiran oligofruktosa dalam sampel terenkapsulasi kappa karaginan mengurangkan pengurangan kemandirian Lactobacillus. acidophilus dalam analisis jus usus simulasi. Secara keseluruhannya, sampel terenkapsulasi alginat, susu skim dibancuh semula dan kappa karaginan memberikan perlindungan kepada Lactobacillus acidophilus daripada keadaan stres.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:encapsulation, prebiotic, Lactobacillus Acidophilus, kappa carrageenan, survivability, protection
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9819
Deposited By:IR Admin
Deposited On:28 Oct 2014 14:59
Last Modified:28 Oct 2014 14:59

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository