Penentuan protein dan aktiviti katalase dalam endosperma kelapa muda untuk tiga jenis varieti yang terdapat di tiga lokasi yang berbeza di Sabah

Leong , Hoong Kee (2013) Penentuan protein dan aktiviti katalase dalam endosperma kelapa muda untuk tiga jenis varieti yang terdapat di tiga lokasi yang berbeza di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
10Mb

Abstract

Endosperma kelapa muda merupakan satu lapisan gel yang lut cahaya dalam buah kelapa yang mempunyai kematangan kira-kira lima hingga sembilan bulan. Protein dan antioksidan enzim katalase dalam endosperma kelapa berpotensi untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Objektif-objektif kajian ini adalah untuk menentukan dan membandingkan jumlah protein, protein terlarut dan aktiviti katalase dalam endosperma kelapa muda untuk varieti Tinggi, Pandan dan MAWA yang terdapat di Kudat, Kota Marudu dan Papar, Sabah. Kajian ini juga membantu dalam pemilihan endosperm a kelapa yang terbaik untuk pembangunan produk yang kaya dengan protein dan enzim katalase. Secara keseluruhannya, Kelapa MAWA dari Kudat mempunyai jumlah protein dan protein terlarut yang lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding dengan yang lain. Varieti Tinggi (Kudat), varieti Tinggi (Kota Marudu), varieti Tinggi (Papar), varieti MAWA (Kota Marudu) dan varieti MAWA (Papar) menunjukkan jumlah protein yang tiada perbezaan antara satu sama lain (p>0.05). Varieti Pandan dari ketiga-tiga lokasi mempunyai jumlah protein yang terendah (p<0.05) secara keseluruhannya. Protein terlarut bagi varieti Tinggi (Kudat), varieti Pandan (Kota Marudu) dan varieti MAWA (Kota Marudu) adalah lebih rendah daripada varieti MAWA (Kudat) tetapi lebih tinggi daripada semua varieti yang lain (p<0.05). Ketiga-tiga jenis varieti dari lokasi Papar menunjukkan protein terlarut yang terendah (p<0.05). Aktiviti katalase dalam semua jenis varieti menunjukkan tiada perbezaan antara satu sama lain (p>0.05). Interaksi antara lokasi dengan jenis varieti hanya berlaku dalam jumlah protein dan protein terlarut (p<0.05) manakala tidak terwujud dalam aktiviti katalase (p>0.05). Secara kesimpulannya, varieti MAWA (Kudat) adalah pilihan terbaik untuk menghasilkan produk yang kaya dengan kandungan protein.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:coconut endosperm, gel layer, antioxidant, protein, MAWA variety, Tall variety, Pandan variety
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9825
Deposited By:IR Admin
Deposited On:28 Oct 2014 14:46
Last Modified:28 Oct 2014 14:46

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository