Pembangunan produk aiskrim labu berasaskan santan

Fu, Felicity (2013) Pembangunan produk aiskrim labu berasaskan santan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
9Mb

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk menghasilkan ais krim labu berasaskan santan. Pembentukkan formula aiskrim labu berasaskan santan ini adalah berdasarkan pengubahsuaian dari segi peratus puri labu dan santan kelapa manakala peratus gula, peri sa vanilla dan air adalah ditetapkan. Sebanyak enam formula dibentuk daripada gabungan nisbah puri labu dan santan iaitu dengan 42:33, 42:37, 40:33, 40:37, 38:33 dan 38:37. Daripada keenam-enam formula ini, formula enam dipilih sebagai formula terbaik hasil daripada ujian sensori hedonik dengan kandungan 38% puri labu, 37% santan kelapa, 15% gula, 1% perisa vanilla dan 9% air. Aiskrim labu berasaskan santan diuji dengan analisis proksimat dan didapati mengandungi nilai pemakanan dengan kandungan serabut kasar 13.45 ± 11.07, kelembapan 70.03 ± 1.27%, 1.39 ± 0.11 protein, 5.92 ± 1.16 % lemak, 0.15 ± 0.05 abu dan 9.74 ± 2.20% karbohidrat. Aiskrim tabu berasaskan santan ini mempunyai nilai pH 6.09 ± 0.15%, 21.27 ± 1.75 0 Briks dan mempunyai nilai koordinat warna dengan L* 71.37 ± 0.09, a* 12.91 ± 0.16 dan b* 71.82 ± 0.71. Hasil produk ini mempunyai nilai overrun 25.34 ± 0.75%. Perubahan mutu simpanan dalam masa lapan minggu dikaji dengan ujian fizikokimia, ujian mikrobiologi dan ujian sensori pemeringkatan berganda. Walaubagaimanapun, aiskrim labu berasaskan santan mengalami sedikit perubahan dari segi kualiti pada minggu kelapan. 100 orang responden terlibat dalam ujian pengguna. 54% pengguna suka akan aiskrim labu berasaskan santan dan 51% pengguna akan membeli produk ini. Justeru, produk ini mempunyai potensi untuk dipasarkan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:pumpkin, ice cream, coconut milk, formulation
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9830
Deposited By:IR Admin
Deposited On:30 Oct 2014 11:48
Last Modified:30 Oct 2014 11:48

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository